Blogger Layouts
Assalammualaikum CINTA ! tenangkan hatimu ketika membaca BLOG saya ! :)

Friday, November 9, 2012

STPM !

Assalammualaikum ~

Nama saya Riduan tapi korang boleh panggil saya HUBBY ! bwuekkk ! ==' . Act , saya tak ada pape nak diceritakan haha . Ohh baru teringat ! nak cerita pasal exam STPM sem 1 . perhhh ! memang menakjubkan soalan MPM ~ . Soalan tu memang SENANG sangat sampai saya terima kejutan budaya haha . Anyway and underware , saya sudah cuba sedaya upaya untuk menjawabnya jadi segala keputusan adalah berada pada mereka kerana saya hanya redha kerana Allah sahaja . I hope i get wantcya i wanna ! . amin ~ . 

" Cinta tak semestinya memiliki " > korang rasa betul tak pendapat saya tentang cinta ini ?
" Kebahagiaan tak akan kekal lama " > yaaa aku pernah berdebat mengenainya dengan seorang perempuan berkenaan words ini tapi kata putusnya memang benar tetapi dia cakap kita boleh kekalkan kebahagiaan itu dengan kekalkannya , paham tak ? . Walau pape pun berlaku , kita cuba untuk pertahankannya walau itu memberi keperitan di jiwa .

KELAS KAU ~ . 

Friday, October 26, 2012

Meriah dan Menakjubkan

Assalammualaikum ~

Anyway , saya nak mintak maaf sebab lately ni saya jarang meng-update blog saya yamg cantik dan lagi indah ini ~ siap ada katak ! kelas kau ~ haha . ok fine ! saya bukan nak cerita pasal katak yang comel macam korang ~ yang macam awak tengah baca ni kuikui {ketawa sambil tutup mulut pakai tangan} tapi saya nak cerita  pasal hari terakhir bersama-sama dengan cikgu Pengajian Am saya iaitu Cikgu Musfira . Thanks kepada leader iaitu Yasmin as known as Yasmin {tak ada beza pon ~} yaa tanpa dia barangkali rancangan untuk buat majlis tersebut mungkin tidak akan menjadi {bodek je ni ~ actually tanpa saya iaitu Riduan a.k.a Arron Aziz ni tak wujudnya semua tu! haha} . Thanks lot of the ring jugak kepada pepatung 6 LSE kerana sudi memeriahkan lagi . Saya malas nak describe pasal semua tu ! tak de kuasa nyah ~ haha . So korang boleh je tengok ganbar di bawah ok ok tapi sikit je sebab nak masukkan semua bayar laa haha :)













Awak awak awak , saya nak jiwang kejap boleh tak boleh tak ? {buat muka comel} . Saya start aw ~ {nak bayar laa} . ok ! . Saya habiskan beribu-ribu ringgit hanya kerana wanita supaya meraka {nampak naa playboynya~} kekal tetapi kata putus akhirnya mereka ungkapkan . Yaa , saya tak salahkan mereka juga walaupun mereka ada buat kesalahan dan cacian {segala kata cacian yang engkau berikan~ membuat ku kosong kosong} tetapi diriku sama saja sebab pantang bosan melanda mudah saja curang menanti . Pengalaman memberiku kesadaran , menilai dan memahami sikap dan perangai wanita serta sudah menjadi makanan saya . Yaaa saya mengaku saya seorang kaki perempuan dulu , couple sana couple sini dan ada suatu masa tu couple sampai 4 orang Ohh Mak Gayah ! {OMG!} . Aku jadi macam sedemikian rupa kerana aku kecewa dan diajar berbuat begitu . Tapi semua tu dulu k dulu ! paham tak ? duuluuuu ~ . Memang benar , tiada masalah akan berlaku tanpa sebab dan tiada masalah tidak dapat diselesaikan dengan usaha dan keyakinan . Kini saya sedar , kenapa perlu jadi macam gitu ? tak perlu kot . Perempuan juga ada perasaan dan mahukan belaian kasih sayang daripada lelaki tetapi bukan dengan balasan kecurangan ish ish ish . Tidak perempuan sama kann ~ Imma know it ! . Kini saya sedar dan hayati keperitan yang dialami oleh seorang perempuan , jadi saya berubah dan tidak mengulangi sikap saya yang dulu . Sekarang Riduan a.k.a Arron Aziz da berubah k da berubah ! . Setia lagi ~ Kelas !





Saturday, September 22, 2012

Riduan , Sweet dan STPM !

Asalammualaikum . Saya lately ni jarangkan post blog ishh shh btw ramai yang suruh saya post tapi saya takde idea so nak buat macam mana kann .ok saya da post blog ni so diam ! . 

Nama saya Riduan ~ saya tahu ramai yang tak kenal saya so saya nak bagitahu kepada semua saya ni seorang yang "sukar untuk jatuh cinta" tapi "bila da jatuh cinta ,saya akan mencintai sunguh-sungguh" . "sukar untuk jatuh cinta " mean bukan susah nak couple kann tapi saya couple dengan perempuan {yela perepuan takkan lelaki pulak} tapi perasaan cinta itu tak ada  , paham tak ? . ok ok macam gini , if saya couple dengan PEAH tapi belum tentu saya mencintai si PEAH ni , paham ? . "bila da jatuh cinta , saya akan mencintai sesungguh" mean even saya couple dengan perempuan yang tak kaya , tak cantik {tak laa teruk sangat} dan sebagainya tapi saya tetap akan mencintai dirinya sebab saya tak pandang semua itu . Saya ni jenis akan jatuh cinta apabila perempuan tu jenis yang kelakar , caring , selalu ada dengan saya , memahami saya seadanya walau dimana , buat apa atau segalanya ,  penyayang , open minded , matured , manja dan suka nyanyikan untuk saya {so sweet ~ huu} . 

Aku baru baru ni saya baru je break up so bak kata Black dengan Malique nak TEMAN PENGGANTI hee . ok fine ! seperti rutin saya , bila da break saya akan cari pengganti kan . So hari tu , saya ada terbukak facebook ni then ternampak laa gadis berbaju kurung besertakan hijab yang cantik di kepala . wow! that is great . sebab kalau nak tau , even dia tak sebaik mana pun so kalau dia berhijab atau bertudung , dia akan buat hati sata tartambat dan tertawan . Saya mula suka padanya dan bak kata AINAN TASNEM "aku suka dia" haha . Orang yang saya stalk tu , dia tu comel , mempunyai mata yang menawan , putih dan sweet sangat . FYI saya pernah on the phone {OTP} dengan si dia setelah saya dapat no dia kan dan yang paling sweet bila dapat no dia pada hari beranak saya mean hari lahir saya huu ~ haa . Ok ! saya OTP dengan dia sampai 3 jam dari pukul 12 - 3 . Dia tu memang great sebab banyak cakap sampai tak ada ruang untuk saya mencelah haha . ok saya memang suka ! . Tapi...tapi....tapi sayang ~ kehadiran kekasih lamamu ~ no no no ! bukan kekasih lama dia yang datang mean ada sebab lain even OTP dia selalu cakap pasal ex dia tapi bukan kekasih lama yang datang tapi sebab lain . Korang nak tahu tak sebab apa ? . ok ! itu rahsia ! bhahaa {ketawa setan} . Pada hari sabtu , sekolah ganti kann so dengan tak cukup tido saya pon terpaksa laa datang jugak ke sekolah . Saya dapat tahu pasal si dia daripada kawan saya . Bila saya dapat tahu hal yang sebenar , itu sangat hampa bagi saya dan mengecewakan saya . Ohh Mak Gayah {OMG!} . Tapi setelah kawan saya nasihat , apa yang berlaku ada hikmat dan yang lepas tu biarkan laa lepas dan sama dengan moto hidup saya "Let bygone be bygone and so on" . Lepas balik sekolah tu , mama saya yang paling saya sayang boleh pulak tetiba je cita pasal cinta hadoyai ~ makin buah aku lemah haha . dia cakap "manusia mudah lupa sebab tuhan tak nak hambanya sentiasa ingat kenangan silam dan bla bla {tak ingat sangat apa yang dia cakap}" . ok fine ! that mean is right . Apa yang da berlaku biarkan berlaku dan jadikan sebagai kenangan silam sama ada kenangan baik ataupun buruk . Kita jangan judge orang sampai bila-bila apa yang di telah buat sebab manusia mudah berubah dan boleh diubah . Sesungguhnya , manusia tidak sempurna malah para malaikat yang indah dan suci pun kurang sempurna melainkan Allah so semua manusia pernah melakukan kesilapan termasuklah diri saya ni . Jadi , apa yang dia telah buat saya terima seadanya sebab lagi pun dulu saya sudah memahami dengan situasi macam gini . Ok full stop !

STPM ? hoho semakin hari semakin hampir . ohh mak gayah ! {omg!} . STPM merupakan peluang kedua saya untuk menuju ke menara gading . Time saya baru saya masuk ke sekolah ULU Tiram tu adalah untuk menuju cita-cita saya tapi saya telah menemui pelbagai rintangan dalam percintaan . Ok ! semua itu membuatkan saya lalai dan leka serta alpa dengan percintaan monyet . Kalau baru baru masuk tu semangat untuk study tapi apabila sudah bercinta semula ohh jadi malas pulak mana tak nya , Gnote sentiasa ada ditangan err ==" . Ok ! masih sempat untuk saya berubah right . Lagi pun saya kan sudah SINGLE huuu so ada masa laa nak focus to study . Majulah sukan untuk negara ! haha :D

Saturday, September 1, 2012

Merdeka , merdeka juga !


Aku lihat layu dalam melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri
Aku lihat layu dalam melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja
Tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa, nenek moyang kaya raya
Jangan sekali-kali digadai harta bendanya
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu
Takkan melayu hilang di dunia
Ya, tapi apa guna tak hilang di dunia kalau kewujudan tak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat, rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak, suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak, cuma tak berfikir di luar kotak
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu
Kulihat layu dalam melayu
Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai

Monday, August 27, 2012

Puisi Khas Untuk Kekasih Ku ~


Cinta ~ pertama kali kita bersua ,
Hati ku menjadi haru biru bagai supernova meledak ,
Aku , aku bagai melihat sesuatu yang indah
umpama sinaran bulan yang dipagari bintang ,
Cinta ~ setelah aku sedaya upaya untuk tawan hatimu itu ,
Aku akhirnya berjaya dengan penuh keriangan ,
kerna aku mampu tawan hatimu itu .

Yaaa ~ aku sedar ~
aku tak layak bagi mu ,
tapi aku mampu membuatmu bahagia ,
aku amat besyukur kerna memiliki jiwa dan raga mu itu ,
jadi aku tak mahu harapan setinggi gunung
tapi apa yang aku mahukan
aku , aku mahu adalah kesetiaan dan layanan yang sempurna

Aku berpegang pada kalimah cinta
bahwa , bahwa cinta tidak perlukan syarat
bahwa , bahwa cinta tidak perlukan hukuman
bahwa , bahwa cinta tidak perlukan kesengsaraan
malahan cinta tak semestinya memiliki abadi

Tanpamu aku resah
Tanpamu aku rebah
Tanpamu aku pilu
Tanpamu aku sayu
Tanpamu aku jatuh
Tanpamu aku rindu
Tanpamu aku menderita
Tanpamu aku mati

Andai diberi peluang ,
inginku mengucapkan terima kasih
kerna sudi menerima ku seadanya
walaupun diriku ini tak sempurna dek akal minda

Yaaa ~ memang aku ketandusan kasih sayang
yaaa ~ memang aku memerlukan cinta
yaaa ~ memang aku perlukan sanubari yang fanak untuk ragaku

Andai kata , andai kata dirimu tiada
mungkin nyawa ku takbermakna dibumi yang hakiki ini
mungkin hariku tak bererti
mungkin tiada keceriaan di setiap rautan wajahku

Bagaimanapun , bagaimanapun ~
aku merayu ~
aku memohon ~
aku meminta ~
tolonglah , tolonglah
percaya pada diriku ini
setialah pada diriku ini
layanilah diriku ini
belailah diriku ini
rinduilah diriku ini

Aku tidak menjanjikan emasyang menggunung tapi aku janjikan kebahagiaan padamu cinta :)

Tuesday, August 21, 2012

Sebelum Hari Raya ~

Assalammualaikum ~

Orang sibuk buat persiapan raya , ngayam ketupat , buat kuih , hias rumah tapi aku sibuk dengan bermain golf ~ SELUT !!! hee .








Wednesday, August 8, 2012

Something yang WANITA tak dapat luahkan ! [re]

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Tuesday, August 7, 2012

Puasa and happy !

Assalammualaikum ~ dan selamat berpuasa ( yang ke berapa ekk ? errr err ==' ) . Alhamdullilah sebab saya diberi peluan untuk merasai nikmat berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia dan penuh rahmat ini . Sebenarnya , saya bukan nak cerita pasal puasa tapi saya nak cerita pasal err err err haha . Ok fine ! Selalunya kalau puasa pertama mesti berkumpul ramai-ramai tapi tapi tapi tahun ni , hati saya sebak kerana kehilangan seorang insan yang paling saya sayangi dan tiada pengganti ( patah tumbuh hilang berganti ~ tetapi ku tidak mahu ~ cinta selain darimu ~ ) iaitu arwah ayah saya (sob sob sob ) . Kehilangan dirinya membuatku terdiam seribu bahasa tapi saya terima ketentuan Allah bahawa yang hidup mesti mati . Malah , kehilangannya juga membuatkan ku menitiskan air mata pada puasa pertama kerana tiada lagi gelak dan gurau sendanya . I LOVE YOU ABAH ! . 



Ok full stop ! . tak mau cite sedih sedih ! . Lately , saya suka dengar lagu "Hanya aku cinta kau seorang" , saya dengar sampai berulang-ulang kali ~ hee :) . Setiap kali nak tidur je mesti dengar sampai laa ke pagi , habis GNote saya panas ~ hee :) . 


Cop cop cop ! kalau korang stress jom layan video kat bawah ni ~







Saturday, July 14, 2012

Salam Kembali !

Assalammualaikumm ~

Apa khabae semua ? . harap sihat la kann . Saya mintak maaf sebab sudah lama tak meng-update blog saya ni hampir 2 3 bulan juga . Lately saya sibuk sikit dengan masalah saya tambah tambah lagi saya da masuk tingkata 6 ni lagi laa buatkan saya sibuk . Mana taknye , hari hari kalau boleh nak balik pukul 4 err = = ' . Saya mintak maaf sangat yaa kepada stalker blog saya ~ saya harap korang memahami situasi saya ini . Bananana :)

Buat masa sekarang ni , saya tak ada cerita sangat nak share kat korang . Tunggu next time la yee :) . so layan video video yang kat bawah ok ! Bananana :D





Wednesday, May 2, 2012

For you SAYANG !

Assalammualaikum ~


Hari ini saya nak update pasal jiwang jiwang kejap hee , Saya ada someone yang paling special kat dunia ni selain parent saya laa hee , Dia ni mampu membuatkan saya tersenyum ,memberikan gelak tawa dan mampu membuat hari-hari saya menjadi indah . Saya rasa tanpa si dia ni tak tau lah nak cakap apa mungkin jadi gila kot hee , Saya sekarang ni tak boleh nak story morry pasal si dia ni sebab saya nak bergayot bersama si dia weeee :) tapi saya ada buatkan video untuknya . 



Saturday, April 14, 2012

Rindu Abah !

Assalammualaikum ~


Tanggal 14 April 2012 pada jam 1 petang adalah hari kesedihan saya yang teramat amat sangat sebab atas pemergian orang yang saya paling sayang diatas muka bumi ini iaitu abah saya A.KAHAR BIN ABDULLAH . Saya rasa sedih sebab tak dapat jumpa arwah ketika hembusan nafas terakhir cause time tu saya tengah kerja then boleh pulak handphone saya tu buat problem biasanya bila orang call or text je da dengar ni tak berbelas kali orang call pon tak dengar err ==' then sampai abang saya datang kat tempat kerja tok amek saya . Bila dia sampai je then terus cakap "wan , abah da tak de" perhhh saya da nak pengsan boleh tak sampai macam dunia ni da tak berpusing lagi . Bila saya sampai je , orang semua da nak semayangkan tapi nasib baik laa saya da cium arwah buat kali terakhir *sob sob . 


Hari Khamis 12 April 2012 , saya datang melawat arwah di Hospital Kota Tinggi by the way dia masuk hospital pada 10 April 2012 akibat lemah jantung then bila jumpa je dia sempat bergurau lagi dengan dia macam dia tu tak sakit jee sampat gelak gelak lagi kann .Oleh itu , terkilan juga laa sebab tak sempat nak hantar dia ke Institut Jantung Negara (IJN) sampai da ada sponsor Dato' lagi tapi nak buat macam mana kan dan lagi satu yang terkilannya perkhimatan kat hospital tu macam apa je da masuk berapa hari kat situ pon buat medical check up macam apa sampai ada pendarahan kat dalam badan pon tak tau errr . Da lah ! malah nak cerita pasal doctor kat hospital tu . Bila jumpa si arwah , padah laa beria-ria suruh saya tangkap ganbar then dia cakap " wan, handphone wan kann besar amek laa gambar abah" , lepas dia cakap macam gitu ohh ok la kan then rupa-rupanyanya tu laa gambar terakhir dia (sumpah time saya type ni air mata aku menitis) then kini saya bila tengok handphone saya je saya sedih .



Kini setelah pemergiannya , hidup saya tak seceria seperti dulu lagi kerana tiada lagi gelak tawa bersamannya . Bukan mudah untuk saya terima hakikat tapi saya kena jugak percaya pada qada' dan qadar bahawa ajal maut itu mesti akan berlaku even betapa kita sayang betapa kita jaga tapi ia akan tetap pergi kerana itu semua milik ALLAH dan kita tak mampu melawannya . Abah , wan akan sentiasa doakan abah dan jadi anak yang baik . Wan sayang abah ! .

Semoga arwah dicucuri rahmat , tenang dan dipermudahkan di alam sana amin . Al - fatiha .

Friday, March 23, 2012

SUJU !

Assalammualaikum . 


SPM dapat berapa? ok fine ! saya dapat 3A je hurm . Sedih! tak capai target pon , saya target 5A tapi dapat 3A . Anyway , alhamdulillah jugak laa kan kalau tak dapat A teros lagi payah kan . Tu bukan sedih lagi , bunuh diri teros haha . Lepas je ambil result then tengok dapat 3A , balik je teros pergi gym , hilangkan stress laa konon sampai angkat 130 kg haha , Kalau korang nak tengok gambar saya kat gym , korang boleh click disini : http://www.facebook.com/media/set/?set=a.383133328378421.94054.100000452713491&type=3 , Ok ! sekarang ni saya tengah pening , kalau dapat U saya memang pergilah kan then kalau tak dapat saya masuk FORM 6 tapi saya ada dua pilihan sama ada FORM 6 di SMK ULU TIRAM atau SMK TUN HABAB tapi yang kat TUN HABAB tu duduk asrama saya TANAK ! . saya da biasa bujang hurm . So tolong saya buat pilihan yang terbaik yaaa ! . Kejap lagi pukul 11.30 saya nak pergi PERSADA coz ada Karnival Masuk U . Saya nak masuk U OXFORD ada tak? haha . Korang yang ada kat Persada tu sila tunggu ya , RIDUAN SKP akan datang .

Saya sekarang ni obses tengah SUPER JUNIOR (suju) pulak ! Mr Simple ~ hee .


Sunday, March 11, 2012

Darling ku GNote !

Assalammulaikum ~


Saya da ada DARLING BARU ! jangan jealous laa kann hee . Nama dia nama dia kan kan Samsung Galaxy NOTE ! huhu . Selemat tinggal BABY ku Nokia Express Music ~ aku akan mengingatimu sampai bila-bila (cehh macam orang mati bini je kann) . Pada pagi hari Jumaat 9/2/2012 memang da tak sabar nak tunggu petang laa kan nak pi beli GNote tuu . Nasib baik my mom tak marah kan beli benda alah tu dan dia cuma tersenyum saja sebab bukan duit dia tapi duit saya woooo . Memang rasa sayang laa kan RM 2260 untuk beli sebiji handphone . Saya ni memang jenis kalau saya nak something tu mesti akan dapatkan jugak termasuk laa PEREMPUAN even dia da berpunya but sometime tak dapat pon haha . Sakarang ni aku tengah godeh DARLING aku tu lagi maklum laa baru lagi kan . For my sister SHUHADAH yang kat TUN HABAB a.k.a TUN LEMBAB haha dan MASTER FARALIZA yang berada di UPM , jangan jealous ea WAN ada GNote ! haha . Kak Fara! awak da ada Blackberry yang awak pi rosak kan sape suroh dan jangan harap awak nak pakai GNote Wan , tengok pon tak boleh OK! . Kalau awak nak gak , awak suruh DARLING awak belikan haha lagi satu awak kan da ada shop sendiri tak kan tak mampu lagi kot siap stay CONDO lagi ! :)





Sunday, February 26, 2012

Siput ! :)

Assaalammualaikum ~


Lately ramai perempuan contact saya untuk berkenalan dengan saya tapi saya rasa macam tak ada mood laa nak layan dorang macam hati saya ni da tertutup untuk golongan HAWA tapi tak bermaksud saya ni GAY BOY yaa just tak terbuka lagi untuk COUPLE ni . Since saya SINGLE a.k.a SOLO ni saya rasa FREE sangat bak kata THE LIPSTICK "hidup ini bagai layang-layang keseorngan sepi" dan someone penah berkata pada saya "SINGLE ni lagi best daripada COUPLE sebab tak payah nak jaga hati orang dan dapat jugak laa jimat credit tu" hee . Tapi kalau saya jumpa SOMEONE yang SPECIAL macam EX saya yang paling saya sayang macam kat status FB tu "Begitu BODOH diriku kerana MELEPASKAN dirimu ketika sedang memerlukan CINTA ku . Jikalau dapat undurkan masa , aku mahu BERSAMAMU kembali ==' *For EX yang aku paling sayang sampai kini ♥" saya tak pikir 2 3 kali untuk terima , saya ajak dia KAHWIN teros je (amboi rakosnye ~) haha . Siapa yang berjaya tawan hati saya ni dia memang superb laa ! cehh haha


Tadi saya on the way balik dari JUSCO then boleh nampak pulak orang pakai kasut SUPRA yang aku suka damn so much perhhh memang superb laa wa cakap lu tapi nak tahu tak siapa yang pakai kasut SUPRA tu? Nak tahu tak ? Ok fine ! saya cakap . ORANG NEPAL! bedekak je saya tengok bhaha . Memang tak boleh belah ar haha . 

Tuesday, February 14, 2012

Saat Kau Pergi (SKP)

assalammulaikum ~


Ape celop korang? sehat? da makan? tengah buat apa tu? da mandi? mak sehat? ok fine! korang jawab laa semua soalan tu dulu lepas tu baru baca post saya bhaha .


Hah! hari tu saya kuar laa entah bila saya tu pun saya da lupa laa hee because nak beli barang untuk date esoknya . Dekat RM 300 jugak laa saya habiskan untuk second date . Kasut baru ZARA la nyah~ murah-murah je RM110 je kot murah kan murah kan then jam , baju and seluar nasib baik spender pon tak baRu gak haha . Bila da beli barang semua ni gegirl saya cakap tak jadi pulak kan perhhh kecewa gila nyah yela sebab da prepare and janji bagai tetiba tak jadi pulak kan MEMANG TAK AR! ==' err . Tapi sekarang ni saya dengan gegirl saya tu da tak ada pape lagi hubungan mean break in my heart haha maksudnya da putus laa . Saya relakan dia pergi sebab bak kata VEGETOZ-SKP "tak perlu kau beri alasan mengapa kau ingin pergi meninggalkan diriku kerna  ku yakin mungkin semua itu bisa membuat mu bahagia" jadi apa yang telah dia declared kan tu mungkin terbaik dari yang terbaik dia buat . (sedihnyeee~ sob sob)


Ok fine ! sekarang ni saya SINGLE since si dia da pergi so sata ingin nak solo jela sampai saya sambung belajar nanti tapi ada cabaran laa sebab sorang pergi ada 4 mari ayoyo ama paa haha . Saya cuba untuk pertahankan hati saya daripada untuk mengeluarkan ayat-ayat manis saya untuk dorang sebab tanak buat dorang jatuh cinta pada saya tapi saya sukar untuk pertahankan untuk sorang ni namanya SHUHADA oppps! termention pulak haha . Maafkan saya kalau buat korang kecik hati yaa . Saya tanak jadi PLAYBOY balik sebab saya tanak buat hati wanita terluka lagi .





Monday, February 6, 2012

Mr. Trouble !

Assalammualaikum dan salam maulidur rasul kepada umat islam . Lately saya sibuk so tak sempat sangat nak update blog dan lately ni jugak saya da jadi Mr.Trouble laa sebab selalu je ada masalah err fedup laa dengan semua tu tapi nak buat macam mana saya kena ugak hadapi semua tu dengan hati terbuka dan mungkin semua itu ada sebab serta ujian Allah kepada saya . Allah tak akan bagi ujian yang membebankan kepada umatnya tanpa jalan penyelesaian untuk selesaikan sesuatu masalah tapi kadang-kadang saya tak kuat untuk hadapinya . Sudah! (sudah laaa jangan menangis lagi~ kurasa cukup sampai disini~) , sudah laa malas nak cakap pasal trouble saya kat korang nanti makin trouble pulak . Jom kita layan video kat bawah ! :D




Sunday, January 15, 2012

Luahan Hati !

Assalammualikum ~ . Nak share luahan hati saya kat korang ni , boleh tak boleh tak ? tak boleh tak pela hurm (gedik kejap) , Hah! lately boleh nak dikatakan tiap-tiap hari saya complicated dengan GF saya hurm . Ntah la pasal masalah kecik pon nak diperbesar-besarkan perhhh sebelum tido saya asek memikirkan cara tok settlekannya dan berusaha untuk bersabar menghadapi semua ni . Kadang-kadang tu tak tahan jugak laa hee :) . BTW saya terguris gak la dengan apa yang dia da buat kat saya tapi saya cuba untuk lupakan semua tu . Dulu si dia penah berjanji something pada saya tapi sekarang ni si dia da mula mungkir janjinya . Mama,mana perginya janji-janji mama yang pernah mama katakan pada papa? , saya tanak cakap lagi apa yang telah si dia berjanji pada saya even dia tanya banyak kali hurm . Okey fullstop! tanak share semua masalah hubungan saya kat korang tu namanya  buka pekong orang lain ( eee busuknye~ ) .  


Hah! kat tempat keja sata ramai orang cakap saya ni kacuk a.k.a mix alaa yang macam panasia tu haha tapi kalau nak tau saya ni tak kacuk laa , saya ni anak jati melayu amboi~ haha . Takda la saya bukan nak kekwat tapi malu aw orang cakap macam tu ~ heee :)



Tuesday, January 10, 2012

Awesome Day!

Assalammualaikum ~ . Sudah lamakan tak nampak saya online and update blog around 1 week gak kan kan mesti korang rindu hee . Biasa la orang sibuk dengan kerja sampai tak sempat nak ngadap laptop kan yela balik rumah je da penat then kalau online pulak takot orang tersayang terabai pulak kalau saya da online tau tau jela tak ingat dunia kan hee so orang tersayang lagi penting dari online . BTW mention pasal kerja ni , baru saya tau betapa susah dan payahnya dalam dunia pekerjaan banyak dugaan dan mengeluarkan keringan untuk dapatkan gajikan , kalau nak dapat kan seribu ke atas memang patah pinggan la kan so kalau saya dapat sambung belajar saya akan manfaatkan dengan sehabis baik sehingga ke peringkat yang tinggi nanti baru la tak penat sengat nak bertungkus lumuh kerja tapi gaji masyuk .

Hah! actually saya sudah lama nak post something yang sweet memori gak la tapi tak tiada kesempatan . Okey ciritanya macam gini , pada hari Isnin 2 Jan 2012 saya ada blind date dengan gewey (bahasa kelantan , biasa la kat tempat kerja ramai orang kelantan) a.k.a awek baru saya nama dia IFFA AMREEZA . Bila si dia ajak hang out pada hari berkenaan saya tak rasa teruja sangat macam nak hang dengan awek-awek saya yang dulu . Entah la , rasa tak ada pape macam nak hang dengan kawan je tapi kalau dulu nak hang dengan awek teros excited macam ape je . Then bila jumpe si dia je di CITY SQUARE perrhhh jantung saya berdegung kencang tapi buat macam tak ada pape cover macho la kate kauuu ~ haha . Mula-mula dia tak banyak cakap yaaa maybe dia malu kot tapi lama-lama baru banyak cakap mengalahkan saya haha . Kalau korang nak tau , first time saya tengok wayang 2 kali sehai haha . First , tengok cite SUATU MALAM KUBUR BERASAP cerita ni ok la kelaka then lepas tengok wayang pergi makan kejap next pergi wayang balik tengok cerita MISSION IMPOSSIBLE alaa yang ada TOM CRUSE alaa alaa muka macam saya tu (poyoss kejap) haha tapi cerita yang kedua tu saya tak tengok sangat sebab duduk kat depan sangat tau tau jela saya nni silau so sakit mata weyy so saya buat wayang sendiri bhaha . Conclusion , memang best , awesome , perfect and more laa memang tak rugi laa date dengan IFFA ni tambah-tambah lagi ada akak Iffa yang sempoi dan funny lagi bertambah best laa . Thank you akak NUR AMRINA maybe tanpa akak date wan dengan iffa tak menjadi kot hee . BTW pic untuk date pertama tak banyak sangat la so tak payah upload boleh kan kan hee . Pada hari Isnin 23 Jan second date saya YEAHHH ! tak saba nyahh ~ haha hopefully menjadi dan lagi best dari date yang pertama hee :) . I love you so much IFFA AMREEZA forever ever ever ever and till to heaven .

Tahun ni , si dia dia ada big exam gak la PMR so saya harap dia dapat buat yang sehabis baik even exzm tu lama lagi kan hee . Saya tanak dia leka dan hanyut dengan daras arus dunia (ayat karang yang saya pakai time exam SPM) sebab PMR ni menentukan perjalanan dia pada masa akan datang . Bie nak bby dapat result yang excellent dan kalau bole dapat 5A ke atas nanti bie bagi present ea . Bie tau bby bole buat . Chayokk chayokk ! haha .