Blogger Layouts
Assalammualaikum CINTA ! tenangkan hatimu ketika membaca BLOG saya ! :)

Thursday, October 30, 2014

=> Maksud Cinta kerana Allah

Assalammualaikum w.b.t . 

Maaf sudah lama menyendiri dan tidak kemas kini blog ini . Maklum la sudah bergelar sarjana muda penggurusan pemasaran di UMT ni so sibuk sikit . Alhamdullilah kerana saya berpeluang dapat tawaran Universiti tersebut . Then 6 nov ni ada interview SPA hope berjalan dengan lancar amin. Okay fullstop . Now saya nak publish kan karya saya yang terbaru . Harap anda semua enjoy :)

Hening suasana menusuk kalbu . Alhamdullilah masih dapat aku menghirup udara segar nikmat Allah . Terima kasih wahai Tuhanku tanpaMu siapalah aku di muka Bumi ini. TanpaMu siapalah hamba yang bodoh lagi hina ini. 

Qarish!!! (suara sayup memanggil dari jauh) . Qarish menyahut panggil itu dengan nada yang lemah lembut . "Yaa Zubir, Assalammualaikum, kau dari mana ni? termengah-mengah". dengan nada semput Zubir tetap ingin menyampaikan sesuatu namun tak terunggap dari mulutnya bak terkunci seribu kata. 

Qarish cuba tenangkan Zubir dengan sikapnya yang lemah lemah. "Zubir, cuba beristigfar dahulu dan tarik nafas. Kenapa ni? ada sesuatu yang berlaku ke?". Zubir tenang dan sampaikan kepada Qarish "Qarish, Ellisya.....Ellisya...accident dekat sempang sana!"

Dengan nada cemas Zubir menyampaikan berita tersebut, Qarish terus bergegas pergi untuk pergi ke tempat tersebut. 

"Ellisya!!! bangun sayang bangunn!!" (sambil memangku badan ellisya) "Jangan pergi tinggalkan abang sayang. Abang tak sanggup kehilangan sayang. Bertahan sayang~ abang minta bantuan....". Tak sempat Qarish nak mengeluarkan handphone dari poketnya, tangan Ellisya mememang tangan Qarish dan memegang erat lalu "abang Qarish, walaupun kita baru bertunang sehari namun sayang sangat bahagia selama bersama abang....(sambil menahan kesakitan)...Qarish mematahkan kata-kata tunangnya kerana tidak sanggup melihat orang yang dia sayang menahan kesakitan. Qarish cuba untuk hubungi ambulan namun ...."abang, sayang sudah tak lama lagi. Sayang nak abang tahu yang sayang cintakan abang dan sayang izinkan abang cari pengganti sayang .....(keluar darah dari mulut)....aba...abang..cari yang lebih baik daripada sa..sayang yee...abaa..abang.." Qarish menyahut panggilan kekasih hatinya dengan hati yang sebak . "Ye sayang..kenapa" . Ellisya meneruskan pertanyaannya kepada Qarish "abang...say..sayang cintakan abang sep..sepenuh ha...ha..hati" . Hembusan terakhir dihembuskan di dakapan Qarish.

Karya puisi Qarish untuk tunangnya namun sekadar di dalam diarinya :


Cinta
kenapa kau tinggalkan aku
tak akan ada cinta sepertimu lagi
saat aku sendiri
malah kau makin jauh

cinta
aku masih merindui kamu
walau aku tahu kau tak akan kembali
aku tak sanggip hapuskan segala bayanganmu
namun kini aku relakan kau pergi

cinta
kegembiraan saat memilikimu
kini hancur dan sedih saat kehilanganmu
kenapa diriku ta mampu melupakanmu
mungkin salah diriku jua kerana 
terlalu mencintaimu

cinta
semakin aku kenang 
semakin hancur hati ini
sehingga kini aku mencintaimu
namun ia buat aku makin cinta
seharusnya aku tak perlu tangisi 
seharusnya aku kuat

Qarish, masih merindui kekasih hatinya walaupun sudah dua tahun pergi meninggalkan dirinya. Kini dia cuba untuk memelupakan kenangan lama dan digantikan malah cuba untuk cari pengganti yang baru. Namun sukar baginya kerana cintanya sangat ikhlas dan setia terhadap arwah. 

Setiap petang Qarish pergi ke taman yang menjadi tempat bersua bersama arwah. Kini, Qarish berseorangan . Hanya mampu memetik gitar untuk menjadi meneman hiidup dikala kerinduan. 

sunyinya hidupku kini
ku petik gitar dan nyanyikan lagu
senandung lagu buatmu 
sekian lamanya kau pergi
sampai kini kau belum kembali
haruskah aku tahan rindu

titisan air mata pun berlinang
bila teringan sentuhanmu itu
oh tuhan tunjukkan kebesaranmu itu
kepada hambamu yang malang ini
yang jauh dari kasih oleh kekasih

ku bersujud ditengah malam
ku berdoa penuh harapan
sayang....kembalilah
sayang...kembalilah
(sambil menitis airmata qarish menyanyikan lagunya)

Jam menunjukkan 6 petang, Qarish kemas peralatan gitarnya dan menuju ke kereta. Apabila sampai di kerata dia lalu dia ......

Qarish : Assalammualaikum... ehhh nama awak.......


BERSAMBUNG

BAHAGIAN 2

Qarish mengajukan soalan kepada seorang wanita iaitu kawan lamanya di universiti dahulu. Namanya ialah sungguh indah dan ayu orangnya. Malah iman didada sangat utuh. 

Qarish: Assalammualaikum...ehhh nama awak Sarah kann ? 
Sarah : {menyahut panggilan dan menjawab} ya saya. ehh Qarish. Awak buat apa kat sini? Saya dengar cerita awak sudah bertunang. Betul ke ?
Qarish: Yup, tapi malangnya jodoh saya hanya mampu bertahan satu hari sahaja sebagai seorang tunang kepada si tunang . 
Sarah: sabar ok  Allah lebih menyayangi si dia . Awak kalau rindu dan sayangkan dia maka selalulah diakan untuk dia ok
Qarish : InsyaAllah . Sejujurnya saya memang mencintainya dan sentiasa merinduinya. Alangkah indahnya sentiasa dapat menatap wajahnya. Disinilah saya selalu bersamanya untuk meluangkan masa namun masa ditinggalkan kenangan dicoretkan dan alunan lagu dibiaskan {sobsobb}
Sarah: {sambil lapkan airmata Qarish di pipi}
Qarish: terima kasih sarah ~

Perjumpaan kembali Qarish dan Sarah menjadi titik permulaan mengenal hati budi dan dan mengukir kembali cinta si Qarish. Hari demi hari,hati si Qarish semakin bergetar dimana kuatt mengatakan Sarah adalah pengganti si kekasih lamanya.

Setiap hari Qarish menghantar kata-kata pujangganya dan kalimah cinta melalui whatsapp kepada Sarah malah sentiasa mengingatkan Sarah kepada Sang Pencipta kerana Qarish tanak mahukan Cinta yang sia-sia dan mengharapkan cinta kepada Sarah adalah kerana Allah.

Semakin akrab dan kimia semakin dirasai oleh Qarish terhadap Sarah bagai lebah yang memerlukan madu dan bagai bulan dipagari bintang. Oleh yang demikian, Qarish membelanjakan duit simpanannya untuk membeli cincin untuk pertunangan bersama Sarah.

Subuh, Qarish menghantar pesanan kepada Sarah untuk bertemunya selepas Zohor dengan niat untuk melamar dan menyunting bunga harum ditaman kerana niatnya sesuci embun pagi selembut kasturi.

Namun, penantian Qarish selapas Zohor diteman yang telah dijanjikan iaitu di taman kesukaan Qarish hanya sia-sia . Dari Zohor sehingga ke senja Qarish menunggu dengan penuh harapan namun hanya harapan palsu.

Qarish menanti dan terus menanti dan Qarish terima satu kiriman SMS daripada Sarah...

Kepada Qarish:
Qarish bin Qalith, maafkan Sarah kerana tidak dapat hadir untuk bertemu Qarish
sejujurnya Sarah tidak kuat lagi nak menyimpan rahsia ini
bukannya Sarah nak mengkhianati cinta Qarish terhadap Sarah
Namun Sarah yang bodoh kerana memberi harapan palsu 
sejujurnya hati Sarah sudah ditawan oleh Khitsbat
seorang lelaki yang telah berjaya menakluk
hari pertama kita bersua 
hari itu menjadi hari pernikahan saya bersamanya
maaf seribu maaf daripada Sarah
bukan sengaja untuk meninggalkan kesetiaan awak
tidak sanggup untuk memungkirinya
kerana awak terlalu sempurna untuk saya 
maaf seribu maaf
selamat tinggal Qarish 

Pilu hati si Qqrish membacanya dikala penantian yang hiba namun dia kuatkan hati untuk membalasnya walaupun jiwa yang sengsara

Kepada Sarah
Sarah, kenapa awak mengkhianati cinta saya?
awak sangat sempurna untuk saya tapi kini mengapa awak hilangkan diri?
kenapa awak ucap segala? kenapa tidak bilang pada saya dikala saya belum mencintai awak?
saya sangat bodoh memilih cinta yang telah disangka dan ditanam dalam hati penuh prasangka dikala awal bersua
rupa-rupanya, ini balasnya terhadap jiwa saya yang rapuh sengsara dan kini awak tambah lagi dengan penuh luka dan merasa 
penuh hiba dijiwa 
mengapa awak pergi dikala saya memerlukan saya ?
mengapa awak pergi disaat saya setia untuk menikahi awak?
sejujurnya, saya mencintai awak 
jaga hubungan awak bersama si dia
semoga bahagia :(

Komplikasi badan Qarish semakin parah ekoran tragis tersebut. Sejak dua menjak ini mekin kerap Qarish diganggu visi hidupnya. Qarish masih dihantui bayang bayang Sarah kerana sukar untuk melupakan sentuhan dan sentuhan jiwa raga hatinya. Sungguh hampa apabila dipermainkan kerana beranggapan bahagia miliknya namun bahagiaannya dibahagikan kepada orang lain. 

Qarish sentiasa menatap wajah Sarah kerana beranggap akan bersama kembali. Sejak dua tahun lagi, puas Qarish tunggu cinta yang sejati iaitu cinta dari seorang wanita yang dikasihi dan dicintai bukannya orang lain tetapi kawannya sendiri iaitu kawan yang tunggu dan tunggu sampai mati. Jujurnya, Qarish berangan-angan dan berseorang diawang-awangan kerana berharap pada cinta yang tak mungkin namun dia tetap berdiam kerana Sarah sudah bahagia.

Qarish,mengarang puisi dan dikirimkan surat untuk Sarah dirumahnya sebelum pergi berpindah ke rumah baru kerana jika menetap dirumah lamanya. Dia bagai terbanyang-bayang dua sang kekasih yang disayangi yang tak mungkin dicari ganti...

Sarah
seandainya hari ini 
adalah hari yang terakhir buatku
izinkanlah aku menatap wajahmu
berikan aku seukir senyum manismu
agar aku bisa bertahan sedikit waktu lagi
biar aku dapat bernafas
mencium harum wanginmu itu
yang menusuk ronggaku

Sarah
sesungguhnya hati ini senang
apabila saat bersama
tika gelak ketawa denganmu
aku bahagia
dikala menangis denganmu
aku juga bahagia

Sarah
hati ini ingin berterima kasih
kerana kau sudi kongsi rasa ini
dan membuka hatimu buatku
meskipun kau tahu siapa ku

Sarah
hadirmu mengubah segalanya
memori luka ku terhapus semuanya
apa yang ada
cuma rasa cintaku padamu
dan aku tahu kau juga begitu

Sarah
biarpun bahagia ini cuma sementara
namun kau merelakannya
sekiranya kau berduka
maka datanglah kembali

Sarah
meskipun aku tidak bersama denganmu
memintal dan mencalit cinta
menyimpul dan memahat rindu
aku amat mencintaimu
sehingga seribu batu
dan aku sentiasa doakan
kesejahteraan buatmu 
selamanyaaaa

Dalam perjalanan. Qarish terlibat kemalangan ...........

TAMAT



Karya asal Riduan SKP . Dilarang copy tanpa kebenaran