Blogger Layouts
Assalammualaikum CINTA ! tenangkan hatimu ketika membaca BLOG saya ! :)

Monday, August 27, 2012

Puisi Khas Untuk Kekasih Ku ~


Cinta ~ pertama kali kita bersua ,
Hati ku menjadi haru biru bagai supernova meledak ,
Aku , aku bagai melihat sesuatu yang indah
umpama sinaran bulan yang dipagari bintang ,
Cinta ~ setelah aku sedaya upaya untuk tawan hatimu itu ,
Aku akhirnya berjaya dengan penuh keriangan ,
kerna aku mampu tawan hatimu itu .

Yaaa ~ aku sedar ~
aku tak layak bagi mu ,
tapi aku mampu membuatmu bahagia ,
aku amat besyukur kerna memiliki jiwa dan raga mu itu ,
jadi aku tak mahu harapan setinggi gunung
tapi apa yang aku mahukan
aku , aku mahu adalah kesetiaan dan layanan yang sempurna

Aku berpegang pada kalimah cinta
bahwa , bahwa cinta tidak perlukan syarat
bahwa , bahwa cinta tidak perlukan hukuman
bahwa , bahwa cinta tidak perlukan kesengsaraan
malahan cinta tak semestinya memiliki abadi

Tanpamu aku resah
Tanpamu aku rebah
Tanpamu aku pilu
Tanpamu aku sayu
Tanpamu aku jatuh
Tanpamu aku rindu
Tanpamu aku menderita
Tanpamu aku mati

Andai diberi peluang ,
inginku mengucapkan terima kasih
kerna sudi menerima ku seadanya
walaupun diriku ini tak sempurna dek akal minda

Yaaa ~ memang aku ketandusan kasih sayang
yaaa ~ memang aku memerlukan cinta
yaaa ~ memang aku perlukan sanubari yang fanak untuk ragaku

Andai kata , andai kata dirimu tiada
mungkin nyawa ku takbermakna dibumi yang hakiki ini
mungkin hariku tak bererti
mungkin tiada keceriaan di setiap rautan wajahku

Bagaimanapun , bagaimanapun ~
aku merayu ~
aku memohon ~
aku meminta ~
tolonglah , tolonglah
percaya pada diriku ini
setialah pada diriku ini
layanilah diriku ini
belailah diriku ini
rinduilah diriku ini

Aku tidak menjanjikan emasyang menggunung tapi aku janjikan kebahagiaan padamu cinta :)

Tuesday, August 21, 2012

Sebelum Hari Raya ~

Assalammualaikum ~

Orang sibuk buat persiapan raya , ngayam ketupat , buat kuih , hias rumah tapi aku sibuk dengan bermain golf ~ SELUT !!! hee .








Wednesday, August 8, 2012

Something yang WANITA tak dapat luahkan ! [re]

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Tuesday, August 7, 2012

Puasa and happy !

Assalammualaikum ~ dan selamat berpuasa ( yang ke berapa ekk ? errr err ==' ) . Alhamdullilah sebab saya diberi peluan untuk merasai nikmat berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia dan penuh rahmat ini . Sebenarnya , saya bukan nak cerita pasal puasa tapi saya nak cerita pasal err err err haha . Ok fine ! Selalunya kalau puasa pertama mesti berkumpul ramai-ramai tapi tapi tapi tahun ni , hati saya sebak kerana kehilangan seorang insan yang paling saya sayangi dan tiada pengganti ( patah tumbuh hilang berganti ~ tetapi ku tidak mahu ~ cinta selain darimu ~ ) iaitu arwah ayah saya (sob sob sob ) . Kehilangan dirinya membuatku terdiam seribu bahasa tapi saya terima ketentuan Allah bahawa yang hidup mesti mati . Malah , kehilangannya juga membuatkan ku menitiskan air mata pada puasa pertama kerana tiada lagi gelak dan gurau sendanya . I LOVE YOU ABAH ! . 



Ok full stop ! . tak mau cite sedih sedih ! . Lately , saya suka dengar lagu "Hanya aku cinta kau seorang" , saya dengar sampai berulang-ulang kali ~ hee :) . Setiap kali nak tidur je mesti dengar sampai laa ke pagi , habis GNote saya panas ~ hee :) . 


Cop cop cop ! kalau korang stress jom layan video kat bawah ni ~