Blogger Layouts
Assalammualaikum CINTA ! tenangkan hatimu ketika membaca BLOG saya ! :)

Sunday, June 30, 2013

=> How about you ?

Assalammualaikum . Today I wanna speaking hee . I wanna tell you something ? Do want hear that baby ? Yeahh you must listen it because I know you want me baby and i wanna you too . I'm here to save you girl and I think I love you hence come on to Riduan world . I wanna grow together and let's our love unfurl . Maybe I'll love you one day because we'll someday grow . Don't get me wrong , it's no secret and everybody know that about as far as your buddy goes . Imma not a jealous man and women lies . Don't hurt me no more . I wanna fuck the world and smoke the flower . I think about more then i forget but i don't go around and i wanna face it even not sweat . Money outweighing problem on the triple beam be good or be good at it . No love lose and no love fund . You , don't hurt me no more and i don't need you, don't love you and i don't see you no more bitch you get it no love . I'm a live again more alive than i have been in my whole entire life , I'm afraid that it ain't gonna make no difference . You leave me alone when you freak see me out . I don't owe you motherfucking thing . Whatever you say that way i am cause i am . Bullshit !

Wednesday, June 26, 2013

=> Dia JODOH kita ~

Assalammualaikum ~

PETANDA DIA ADALAH JODOH KITA
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima Kita Seadaanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.

Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.

Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?

Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.

Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.

Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’.

Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.

Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.

Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?

Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.

Sunday, June 23, 2013

=> Kim Hyun Joong

Assalammualaikum ~ Kim Hyun Joong ? Yaaa member kumpulan ss501 walaupun dia da tak fofulerr tapi saya tetap suka style rambut dia . keh keh .




Saturday, June 22, 2013

=> I AM NEETA ~

Assalammualaikum ~ Sebelum saya story korang tengok video kat bawah ni . Sebenarnya , Neeta ni dia penah tumpang kat rumah akak saya di KL before pergi konsert dengan Najwa Latif . Untung laa dapat jumpa dia kan . Akak saya cakap dia anak orang kaya and rumah dia siap ada studio . Gila bapak arr . Since bila aku suka lagu Neeta ni? hehe . Jom layan video extra pada minggu ini Fall For You ! haha
terima kasih - iamneeta
jar of heart - iamneeta
Fall for you <3

Monday, June 17, 2013

=> SETIA ?

Assalammualaikum . Saya siapa ? Santau juga kalau siapa tak kenal saya lagi hehe . Ok fine . Hari tu lepas kat kedai makan dengan kawan-kawan . Yela luangkan masa yang terbuang haha . Ok maklumlaa kalau lelaki da lepak akan buka topic PEREMPUAN ahhh ~ haha . Bukan pasal apa cume mahu perkembangan kawannya couple dengan siapa sekarang kann termasuk jugalah kaum wanita tapi kalau perempuan da berkumpul habis semua topic dia ungkitkan . Ok back to story . kawan kawan aku ada couple then lama gila dorang couple sampai lebih 5 tahun agaknya dia pakai ilmu penunduk tak pun nasi kangkang kot haha . kalau aku ? ntahhh sekejap je kot . Tapi dorang memang saling percaya , setia nak mati dan jujur lahh . Yang lelaki tak pandang perempuan lain dan couple dia TAK LAYAN LELAKI . Wow ! that so awesome . Since tu aku makin tercabar kenapa saya tak boleh macam gitu ? . saya nak juga couple lelame then sampai ke jinjang pelamin . Cakap pasal ni , saya sudah mula setia tapi since setia ni banyak juga kekangan kannn . macm macam yang terjadi . saya kalau boleh nak sangat setia pada seorang sahaja dan sampai ke anak cucu . Kalau saya setia kalau couple saya tak setia macam mana ek ? . kawan saya cakap " kau cool je derr , kau da setia tapi couple kau curang so biarkan je dia . kau kan handsome nanti ada je yang lebih cantik usha kau . sekarang pon kau hot ramai budak perempuan kejar kau so ape nak kesah" . yaa memang la tapi kalau boleh tak nak laa jadi macam gitu . saya nak couple seorang sahaja ok ! . kawan saya cakap lagi "weyy , kau jangan jadi bodoh sangat . perempuan ni kalau kita da setia nak mati kalau dia da nampak lelaki lain yang lagi mantap dari kauuu memang dia curang dohh" . Perhhh ! mulut dia da macam mak gayah gak haha . Tapi saya memang akui semua itu . Jadi kesimpulannya , buat dang and cool sahaja ~~~ hee :)

Tuesday, June 11, 2013

=> Passport Baru dan Jiwang

Assalammualaikum ~ anda sihat ? Alhamdullilah kalau sihat tapi sekarang ni yee sekarang ni saya tengah selesema . Nahh tengok hingus ni ~ hee . Sudah makan ? mestilah sudahkan . Saya since cuti 2 minggu tu makin kurus laa mungkin kena dera kot haha . No laa tak ada selera nak makan laa tak tahu laa kenapa . Pregnant barangkali hee .

pASSport ? Yaa hari isinin lepas saya buat passport kat KDN Johor . Subuh subuh lagi da gerak aroun pukul 7 da gerak dari rumah sampai pukul 8 pagi . Fuhh ~ dari luar da ramai dengan orang . Orang Nepal confirm laa ada kan . Perhh ! . Mula mula kena ambil nombor dulu kat kaunter . Fuhh ~ kena beratur panjang da macam pendatang asing . Ok fine , yang beratur tu tak pe la sangat sebab cepat prosesnya . Da sampai kaunter ambil nombor, akak tu boleh cakap gambar passport yang saya bawak tak diterima sebab saya pakai baju putih . dala semalamnya saya gelabah bukak internet and tanya member pasal gambar tu . Yela dulu background warna biru tapi sekarang warna white and clear haha da macam iklan daa hee . Then ni dia boleh cakap tak diterima sebab ada kuning kuning dan baju warna putih . Terpaksa keluarkan duit lagi ambil gambar yang baru kat tingkat 6 . ok , lepas ambil gambar pergi pula kat tingkat 3 untuk isi borang tapi kena tunggu nombor dipanggil dulu . No saya 0255 . luck tak ? . Luck laa sangat ~ . dari pukul 9 sampai pukul 11 baru no kena panggil err . da kena panggil dan isi borang . kene TUNGGU LAGI ! . untuk ambil ic pulak . TUNGGU lagi nombor 0255 kena panggil . lepas tu , pergi kaunter 25 umtuk ambil ic je kot . lepastu akak tu bagi riset bayar yela nak buat mestilah kena bayar kan RM 100 . lepas dapat resit kena TUNGGU lagi untuk ambil buku pula tapi akak tu cakap tunggu pukul 2.30 baru serahkan resit tadi kat kaunter 11 . so sementara tu pergi laa makan kat cafe bawah je kot . makan macam kat kedai mamak tapi mahal macam mamak betol laaa ! ==" . lepas tu pukul 2.30 masuk semula dan kena TUNGGU lagi no kena panggil . dekat pukul 3 jugak baru dapat passportnya . Fuhh ~ buat passport dekat 1 hari da boleh melancong sampai ke Nepal da . Tapi tapi , muka saya memang da macam nepal da kat buku tu haha . serious dengan muka annoying sebab geram menunggu dan terpaksa ambil gambar yang baru haha . Insyaallah , 4/7/2013 ni tak ada aral melingtang untuk saya pergi ke Jakarta . Melancong ! yahoo google ~ nak singgah Bali kejap nak tengok perempuan pakai bikini bottom haha .

Nak jiwang kejap boleh ? Alaaa boleh laa ~ boleh laa ~ (buat muka comel) . Perempuan ni memang Allah ciptakannya menjadi seorang yang lembutkan . Perempuan itu akan termenung lalu menitiskan air matanya yang membawa maksud dia sedang merindui orang yang dicinta . Sebenarnya , cinta tak perlukan wang ringgit kan ? sebab cinta perlu tawan melalui hati dan perasaan . Jika kita sukakan seseorang kita mesti cuba sedya upaya dengan hati yang ikhlas untuk memilikinya . Ingat kita sudah memilikinya mestilah pasangan niat kerana Allah barulah lebih afdal dong haha . Walaupun orang yang kita tatang bagai minyak petrol yang mahal tapi belum tantu hati orang yang kita sayang dan cinta itu ditimbal balik pada hati kita kerana hati orang kita tak tahu dn perasaan itu bercelaru . wahh da macam pujangga romeo da haha . Yaaa memang hakikatnya . tambah tambah lagi hati seorang wanita kerana wanita mempunyai 9 nafsu . Kenapa ? saya cakap macam gitu . Hati perempuan mudah rapuh jika orang yang membimbingnya tidak menjadi pemangkin yang utuh dan teguh . Contoh Boy couple dengan Girl tapi boy tu layan girl macam sampah dan buat endah tak endah laa jadi girl akan terasa dan hatinya akan goyah tambah tambah lagi ada orang ketiga . Nahhh hati perempuan yang goyah tadi akan kukuh semula dengan perasaan dan kehadiran orang ketiga tadi kemudian wujudlah curang dan akhirnya SANTAU haha .Jadi dalam percintaan ini WAJIB K WAJIB percaya , setia , jujur dan ikhlas barulah bahagia ke anak cucu . Nahh anak cucu lagi ~ haha


Tuesday, June 4, 2013

=> Kastam , S4 :)

Assalammualaikum ~ . Tadi ada medical check up . sepatutnye 23 hb tapi ditundakan hari ini sebab ada kekangan tertentu . Ok medical check up kali ni paling lama sampai ambil masa 3 jam , biasanya 1 jam da siap . Adeshh ~ penat menunggu . Medical check up start pukul 9.45 so pukul 9 saya gerak laa dari rumah sampai dalam 9.10 . Dekat je kot , Bila sampai buat register bagai then tunggu kat klinik . Time menunggu tu ok laa kann adat dekat hospital tapi yang tak boleh terima bila ada pakcik ni , dia boleh bisik dengan saya then mengumpat pasal orang yang lalu depan kita orang . Tak sangka ada juga lelaki macam gini kan . Pakcik tu dulu dia polis tapi sporting gila . Masalahnya aku terpaksa tambah dosa sebab terpaksa mendengar apa yang dia bualkan kalau tak nanti dia cakap apa pulak . First, ada orang dalam aroun 40an perempuan, duduk atas kerusi roda maybe dia kencing manis so pakcik tadi boleh cakap "tula muda muda bedal air manis da kena kencing manis , tak lama lagi kena potong laa tu kaki dia" . Second, ade nurse practical bawak orang kurang upaya maybe naik kerusi roda then lalu depan kita orang yang pakcik tu boleh umpat lagi dia cakap "tu laa nurse sekarang ni , bila gaji kecil naik angin bila gaji dinaikkan sombong and buat kerja pon tak tau" (honestly nurse tadi memang noob kot sebab kesian makcik atas kerusi tu dala sejuk dan biarkan sesorang kat tengah tengah jalan da macam orang terbuang da) . Third, ishh tak mahu laa cerita lagi sebab banyak sangat yang dibebelkan haha . Yang tak boleh belahhh ~ ada dia cakap aku ni anak pakistan ?! = =" mentang mentang saya ni hidung mancung adeshh ~

Tapi, setiap pesakit yang lalu depan mata saya yang hidapi pelbagai penyakit kronik membuatkan saya insaf dan berselawat sebab saya tidak mahukan penyakit sedemikian datang pada saya . Saya berasa merendah diri sebagai hamba Allah sebab pada bila bila masa saja dia boleh bagi kita bencana dan terik semula rahmat yang dipinjamkan kepada kita . Syukur Allhamdullilah atas apa yang ada pada saya . Terima kasih ya Allah .

GNote? Ohh maaf~ Gnote saya sudah tak ada sebab ada masalah tapi dalam masa 2 atau 3 hari , saya akan dapat SAMSUNG GALAXY S4 . My mom nak belikan hehe . Gnote tu memang laa pakai duit saya , RM2260 bayar cash kot tapi rosak so lenyap macam gitu je , sedih ! . So bila saya dapat S4 nanti saya akan jaga elok elok .

Passport? Yaa tadi cari jalan kat mane nak buat passport , Memang laa kat kastam tapi tak tahu jalan so round laa kat JB semata mata nak cari jalan so esoknya tak laa gelabah sangatkan . Then bila da pening cari jalan saya tanya laa pakcik polis tu , yaa Allah kenapa laa sombong sangat . Saya rasasaya tanya elok elok kot tapi dia jawab macam hapeeee je ! err ==" . Saya tanya kat mana kastam kan then dia boleh cakap kau ni duduk asal mane dengan nada tengking perhhh ! . Nasib baik polis kalau tak da kena SANTAU dengan saya tadi . Panas hati nyah ~ haha . Saya nak buat passport sebab 4hb hingga 8hb saya nak pergi Jakarta nak holiday bersama family . Ticket da beli daaa ! . Tak sabar rasanya nak melancong nak pergi Bali nak tengok perempuan pakai bikini bottom ! haha .

Lagu Boneka-Cela ? Tak sangka ada juga orang yang suka sampai setiap hari bukak blog saya semata mata nak dengar lagu tu haha . Lagu tu memang fav saya kot sebab penuh makna bagi diri saya .

EMINEM ? saya memang peminat tegar eminem sebab ayat ayat dia penuh makna . ade jugak yang tak elok tapi jangan laa ekot kann . Act eminem ni jiwang sebab ayat jambu gila haha .