Blogger Layouts
Assalammualaikum CINTA ! tenangkan hatimu ketika membaca BLOG saya ! :)

Friday, October 11, 2013

==> Kawal Marah !

Assalammualaikum sahabat seagamaku . Ramai yang meminta saya untuk update cerita lagi tapi malangnya saya tak ada masa sangat buat masa sekarang ni sebab saya sibuk dengan persiapan awal untuk menjawab peperiksaan pada bulan 11 kelak . Namun, korang jangan risau saya tidak akan menghampakan anda semua . Insyaallah bila saya habis exam nanti saya akan sambung karya saya . Terima kasih semua sebab menyokong karya saya . Budak tweeterian dan facerian thanks bebanyak sebab banyak memberi dorongan .

 Indah hati ini kalau kita masih menjalinkan hubungan sesama insan tanpa perpecahan . Bermasam muka dan pergaduhan itu perlu kita elakkan . Kita hidup didunia ini hidup cuma sementara dan bila saatnya kita akan mati juga . Ingat hanya Allah yang abadi ! . Tak perlu pertikaikan hal yang kecil sehingga jadi besar . 

Perlu ke marah orang? perlu ke? perlu ke? sampai boleh mengaibkan dia? itu ke yang anda nakkan? . Kenapa tak kawal marah tu sebab lagi mulia daripada melepaskannya . Pernah ke anda rasa, bila anda lepaskan marah kat seseorang? Jadi, apa yang ada rasa? . Puas? yaa memang puas tapi hanya sementara waktu sahaja . Kalaulah anda marah someone then dia tu terguris hati maka tidakkah anda terfikir anda dapat dosa? tambah tambah lagi bila orang lain dengar maka orang lain akan lemparkan persepsi yang bukan bukan terhadap anda . Betul tak?

Sebenarnya marah itu boleh dikawal . Kalau diikut ikut kan maka makin menjadi jadi laa . semua itu bergantung kepada pucuk pangkal kita . apa yang kita buat semua berdasarkan hati dan perasaan kita . Jadi, saya simpulkan bahawa kawal marah lebih banyak manfaatnya berbanding melepaskannya kerana anda akan berasa tenang, dapat pahala, kondisi jantung anda akan bertambang baik, muka akan menjadi semakin cantik dan mampu eratkan hubungan sesama insan.

Cinta?. Haha kalau dulu bila update blog pasal cinta confirm tidak lekang dek posting saya kan haha . Tapi apakan daya semenjak menyinglekan diri ini saya sudah tidak ambil kisah pasal cinta sangat . Ramai jugak yang berkomentar dan meminta agar saya post pasal cinta ini semula tapi malangnya idea pasal cinta semakin hari semakin luput laa hehe . Insyaallah saya akan utarakan apa yang anda mahukan okay .

Apa yang akan berlaku pada masa hadapankan? . Pekara sedemikian membuat saya rasa takut untuk tempuhinya hurm :( . Ya Allah permudahkanlah urusanku ya Allah . Aku hambamu yang hina lagi kerdil ya Allah . amin . Sebenarnya, saya bukan takut nak teruskan hidup tapi takut apa apa akan berlaku pada saya ,. hurm . Tak pe , saya yakin Allah sentiasa ada disisi saya .

18 dan 19 october ni saya ada bengkel programmer dan bengkel apa entah . ada 2 bengkel? takpe laa asalkan dipermudahkan . Hanya 2 orang sahaja yang pergi saya dan amirah . beku dibuatnya . Alasan cikgu fauziah suruh saya pergi "riduan ni handsome orangnya lepas tu senang bergaul dengan orang lain sebab tu saya pilih dia" sebab tu je ? haha . Tak pe laa , yang penting toto dan bantal cikgu fauziah sudah sediakan demi saya katanya haha , Dia cakap nak pergi hotel nanti naik van tapi saya suruh cikgu hantar ! haha . saya nak naik kereta toyota camru cikgu ! . Nasib baik cikgu melayan haha . 

26, 27 dan 28 ni saya nak pergi KL sebab ada hal sikit . Jadi, 25 petang tu kena bergerak sebab tajut terlambat pulak . Tapi saya takut laa nak pergi ke kl naik bas sesorang takut kena culik dengan mat bangla laa . Da laa saya comel haha . 

30 pulak saya ada hari graduasi tingkatan enam . Fuhh da nak grade kann dan sudah nak habis sekolah daa . Kenangan itu akan berakhir . Tak sangka terlalu pantas dibuatnya . Aku masih teringat ayat seseorang ni "masa itu berlalu dengan pantas walau kita cuba untuk melambatkannya" . apakan daya ? hasihh . Lepas exam nanti saya akan tinggalkan SMKUT . Dulu tinggalkan SMKDC sudah terasa sedih apakan lagi sekarang . Takpe takpe ~ . Tema graduasi ni saya masih tak pasti lagi sebab tahun lepas casual . Saya siap berpakai kemeja 1 set bagai fuhh handsome katanya haha . 


Thursday, October 3, 2013

==> Cinta Murni Adam kepada Ellysia

HERO : Adam
HEROIN : Ellisya

03/03/2013
Adam seorang yang baik dan periang orang . Tambah-tambah lagi dengan kekacakannya membuatkan ramai wanita tergila-gilakannya sehingga sanggup gores tangan deminya {perlu ke?} . Walaupun ramai yang meminatinya namun keegoannya tinggi menggunung . Dia tak pandang pada perempuan walaupun cantik, ayu , anggun , comel dan manja namun dia masih mencari seorang wanita yang sanggup berkorban apa sahaja demi cintanya, menghormati, iman yang teguh dan kesetiaan . Jadi sehingga sekarang dia masih single dan teguh pada pendiriannya itu . Dia memang cerewet tentang pemilihan cinta. Pada malam tersebut, ekoran kebosanan melanda dirinya dan lepak bersama kawan-kawan di ECONSAVE {no class !!!} , maaf! bukan disitu tapi di JALAN SEGET sehingga lewat malam . Kemudian, setelah hilang tekanan dan kebosanan maka dia pulang ke rumah dengan kereta BMW 5 series-nya ke rumah sambil mendengar lagu Tegar-aku yang dulu bukanlah yang sekarang~ dulu ditendang sekarang ku disayang~ {amboi~} . Dalam perjalanan pulang, dia ternampak ada orang berusia dalam lingkungan 50an dirempok dengan dua orang yang bersanjata tanpa memikir panjang ditelah bertindak dan menyelamatkan orang tersebut . Setelah bertumbuk, bergasak, bergusti dan belasah perompak tersebut {siapa menang?} . Gila kalau hero tak menang! . Yaa Adam telah tumpaskan perompak tersebut dan orang tua tadi dapat diselamatkan namun dia mengalami kecederaan yang parah dikepala kerana telah dipukul dengan objek keras. Adam rebah di tempat kejadian tersebut.

04/03/2013
Adam dibawa pulang kerumah orang tua tadi. Ehh lupa pulak nak bagitahu nama dia okay nama dia Ismail. Kebetulan orang tua tadi seorang doktor dan telah merawat Adam dirumahnya. Apabila Adam tersedar...

Adam: Aku kat mana ?!! Aku kat mana?!! Ehh sial la ~~ {pengaruh KL Gangster}
Ellysia :  Awak~ sabar sabar ~ bawak mengucap. Da nak mati ke terjerit-jerit?
Adam : .......{krikk krikk krikk}
Ellysia: Awak kat rumah saya . Awak tercedera teruk kat kepala tu .
Adam : weyy ! kau siapa ?! kau siapa?!
Ellisya: ohh ! saya anak kepada orang yang awak selamatkan tu. Terima kasih ea ~
Adam : Err err aku nak balik ?! aku nak balik?! . 
Ellysia : Dushhh !!! {penumbuk} . amekk ! tak boleh cakap elok-elok ke apa ?1 . Awak tak boleh balik lagi sebab luka kat kepala awak tu teruk . Awak rehat laa dulu yee ~ . Emm , nama awak siapa?
Adam : Nama ? nama ? nama aku siapa ? weyy !!! nama aku siapa?!!!
Ellisya: Dushhh !!! {penumbuk} . Kau pehal~ . Saya tanya elok-elok so tak payah laa nak jerit-jerit .
Adam : Maafkan saya ~ . emm saya ... saya adam . Ehh jap! saya nak ambil wallet saya . Weyyy !!! mana wallet saya ?!! mana ?!! mana ?!!
Ellisya : Dushh !!! {penumbuk} . Mana ada wallet awak, time saya salinkan baju awak , saya tak jumpa pun .
Adam : Awak salinkan baju saya? Jadi awak nampak.....Ohh Mak Gayah~ {OMG~)
Ellisya: Dushhh !!! {penumbuk} . Saya salin baju awak je k , tak salinkan seluar awak pun . Nak over pulak
Adam : ehh ? hehe . 
Ismail: Ellisya , tolong papa buatkan air . Papa suruh mama buatkan air tapi dia boleh hilang pulak . Nasib baik mama kau tu bini papa kalau tak da kena santau da .
Ellisya : baik papa ~ muuaahh ! {cium pipi}
Ismail : Anak~ terima kasih yee sebab da tolong pak cik . Terima kasih sangat . Nama pak cik ismail . Anak rehat dulu laa yee .
Adam : Sama sama . Nak tanya boleh? {sambil buat muka comel}
Ismail: Boleh~ apa dia? {buat muka comel jugak}
Adam : Siapa nama saya? dan pak cik nampak tak wallet saya? . 
Ismail : emm emm entah ea . Wallet ? mungkin terjatuh kat pakcik kena rompak kot . Okay tak pe , esok kita pergi cari ea .
Adam : Baik lah ~

Sebenarnya, Ismail tahu tentang nama dan wallet dia tapi dia simpan sebab ada agenda tersenri. Kereta Adam sudah disembunyikan oleh Ismail sebab dia yakin adam tak akan ingat . Adam sebenarnya sudah lupa ingatan . segala kisah hidupnya sudah hilang .

05/03/2013
Ismail, Ellisya dan Adam pergi ke tempat ismail di rompak untuk mencari wallet adam . Selepas puas mencari tetapi malangnya tidak jumpa . Ismail ajak adam dan ellisya pulang setelah satu hari suntuk mencari walletnya .

(dalam kereta)
Ismail : Kita pergi makan ea . tapi kat mana yang sedap ea ? .
Ellysia : hah ! kita makan tomyam nak ?
Adam : ape mende awak ni makan tomyam tengah2 hari tegak ni ?! . Tak de kelas langsung laa .
Ellysia : Abes tu awak nak makan apa?
Adam : Kita makan nasi goreng kampung lauk ketam ok jugak kot
Ellysia : ishh tanak laa !!!
Ismail : hoy hoy hoy ! korang pehall ?!! . kita makan je kat Mcd
Adam dan Ellysia : okay

{kat mcd)
Ketika dalam mcd ellisya hampir terjatuh dan nasib baik adam sempat sabut dia kalau tak da terlentang haha.

Ellysia: terima kasih ea awak ~
Adam : sama-sama (sambil senyum)

Dari situ, pandangan dan jatuh cinta buat kali pertamanya Ellisya kepada Adam namun dipendam.

05/03/2013
Ellysia ajak adam pergi ke tasek dimana tempat fav ellysia untuk tenangkan fikiran. Apabila sudah sampai ditempat tersebut . Ellysia luahkan rasa cintanya kepada adam

Ellysia : awak ~ kat sinilah tempat saya pergi bila saya bosan dan nak tenangkan fikiran
Adam : wahh cantik tempat ni
Ellysia : Kann ~
Adam : Ye , cantik macam awak .
Ellysia : ......{kriikk kriikk kriikk}
Adam : Kenapa diam ?
Ellysia : Cengkerik tu . bising je !
Adam : ehhh ? biarkan jela dia ~
Ellysia : awak ~ kalau saya jadi angin awak nak jadi apa?
Adam : saya lari laa . Pelik je ~
Ellysia : Saya serious la !
Adam : {ketawa} yela yela . kalau awak jadi angin? saya jadi pokok .
Ellysia : Kenapa ?
Adam : sebab pokok comel ~ hee . no no sebab pokok memerlukan udara untuk hidupkan ~
Ellysia : okay ~ . kalau saya jadi rama-rama pulak , awak nak jadi apa ?
Adam : rama-rama? saya jadi Ella-rama rama haha .
Ellysia : mende awak ni ?! err = = "
Adam : okay okay , saya jadi bunga . nanti boleh jadi tempat awak berteduh dan berehat
Ellysia : sweetnya awak ni !!!
Adam : {kriikk kriikk kriikk}
Ellysia : kenapa diam ?
Adam : cengkerik ni hahhh
Ellysia : ok ok last last . kalau saya jadi ikan macam dalam air tu, awak nak jadi apa?
Adam : Saya pancing laa lepas tu saya bakar then makan . nyum nyum sedap nye ~
Ellysia : aaaawwaaaak ~ gigit nak ? .
Adam : saya jadi air sebab ikan perlukan air untuk hidup kann
Ellysia : sebenarnyakan ....
Adam : yeee ?
Ellysia : sebenarnyakan ....{2 jam kemudian} . saya suka....{2 minit kemudian} sukakan..{2 saat kemudian} awak !
Adam : hah ? = =" . hurm . sebenarnya saya pun sukakan awak since pertama kali saya nampak awak .
Ellysia : yeke ? wahhh ~ terima kasih

Sesudah bersoseh bagai . maka mereka endingkan dengan menjalinkan hubungan sebagai COUPLE

06/03/2013
Pepagi lagi Adam sudah bangun untuk solat subuh . Untuk pergi ke bilik air, adam telah terjatuh dari tangga dan kebetulan ellysia nak naik ke atas . Adam terjatuh dan terpeluk ellysia . Bibir adam bertemu bibir ellysia membuat ellysia terpinga-pinga dan terus naik ke atas. Selepas adam selesai mandi ,...

Adam : ehh ellisya...nak solat ke ?
Ellysia : yup for sure. kenapa ?
Adam : jap jap jap , tunggu saya ambil songkok . saya nak jadi imam .
Ellysia : serious? tapi...
Adam : Tapi..?
Ellysia: tapi sayang ~ jom laa .
Adam : okay .

Pukul 8.30 am :
Ketika bersarapan bersama-sama . Adam membuat satu keputusan ....

Adam : maaf sebab mengganggu . Saya sebenarnya ada benda nak cakap.
Ismail : apa dia aaadaamm ?
Adam : sebenarnya , saya nak....
Ismail : yee . nak apa ? nak kereta bmw ke ferrai ?
Adam : {krikkk kriikk kriikk}...sebenarnya, saya sudah fikirkan masak-masak . dan saya telah melafaskan dalam doa saya bahawa saya ikhlas nak menikahi Ellysia sebagai isteri saya yang halal hingga ke syurga.
Ellysia : aaawaaakkk serious ke ?
Ismail : adam betul betul ke ni ?
Adam : yaa memang saya orang baru dalam rumah ni dan baru juga kenal dengan Ellysia tapi saya memang benar benar mencintai Ellysia dan ikhlas nak jadikan dia sebagai isteri saya . Saya yakin Ikhlas jodoh saya.
Ismail : kalau itulah keputusan adam . pak cik ikhlas menerimanya .
Adam :terima kasih papa ~
Ismail : kau pehall ?!! haha . kalau macam gitu , esok kita nikah . sebab lusa pakcik da nak pergi...
Ellysia : pergi mana papa ?
Ismail : ehh adam tambah laa lagi nasi tuu ... ikan bilis tu sedap aww tambah bebanyak k

12.01 pm
Mereka bersiap-siap untuk pergi beli persiapan untuk majlis pernikahan adam dan ellysia. Mereka buat majlis taklah grand grand jahhh biasa biasa je .

9.00 pm
mereka telah sampai kerumah . Mana taknya satu hari beli sakan untuk majlisnya esok . Ellysia keletihan dan mahu masuk tidur tapi sebelum tuu...

ellysia : adam , esok kita da nak jadi suami isterikan . Terlalu pantas berlaku tapi awak telah membuat jantung berdebar awww . keputusan awak tu memang drestik tapi memang jalan selamat kerana kita tak akan berlenggu dengan dosa bercouple . Nikah jalan penyelesaiannya . terima kasih awak ~
Adam : sama - sama . Yaa itu yang saya fikirkan .
Ellysia : terima kasih sekali lagi . Kita janji , kita akan kekal sehingga ke syurga dan saya akan janji jadi terbaik untuk awak . amin
Adam : terima kasih sayangku ~ da da , awak tu da penat tu . pergi rehat dan tidur ea . esok da nak nikah hehe
Ellysia : hehe yela yela . selamat malam aby ku comel ~

2.04 am
Rumah mereka pecah masuk oleh 4 orang perompak . Pak cik ismail kena ikat dan dibelasah teruk dengan peremok tersebut kerana enggan berikan wang kepada mereka . Perompak tersebut telah bertindak agresif dan menikan ismail dengan bertubi-tubi . Kemuadian ellysia pula , diikat nak disiret ke ruang tamu dan adam pun sama . Perempok memaksa ellysia untuk tunjukkan kat mana wang di simpan tapi dia enggang . 4 perompak tu memang kaki dan tangan ellysia . ellysia meronta-ronta namun tak terdaya . Adam pula dibelasah teruk dengan mereka . Keengganan Ellysia membuatkan perompak berang dan bertindak luar kawalan . Mereka telah merogol ellysia depan mata adam secara bergilir-gilir . Adam tidak mampu buat apa-apa . Kemudian , ellysia ditikam di perut . Memang tragis ~

3.02 am
Polis telah sampai ke rumah dan sempat hantar ellysia dan adam ke hospital . Mereka mendapat rawatan di hospital. Adam dapat diselamatkan dan ellysia juga namun masih lemah dengan kondisi badannya yang cedera teruk .

8.03 am .
Adam masuk ke bilik ellysia dan menunggu ellysia sedar . Dengan penuh kesabaran dan harapan si adam kepada ellysia agar sembuh dan sedar .

10.10 am
Ellysia membuka matanya . Adam terus memeluk ellysia seerat-eratnya ....

Adam : sayang ~
Ellysia : kita kat mana ?
Adam : Kita kat hospital .
Ellysia : aby ~ maafkan ellisya ab... {sambil menangis teresak-esak}
Adam : tak pe ~ aby terima sayang seadanya . apa yang berlaku semua ada himah . kita hadapi dengan tabah . sayang kuatkan semangat k .
Ellysia : tapi...
Adam : da da ~ aby faham ~
Ellysia : aby ... semalam sebelum aby suruh saya tidur . sayang sempat buatkan surat untuk aby . nanti aby baca ea
Adam : Surat apa sayang ?
Ellysia : yaa surat khas dari sayang kepada aby . surat tu sayang letak bawah laptop sayang
Adam : baik laah nanti aby baca ea . da da sayang rehat , jangan banyak bercakap . sayang cedera teruk ni
Ellysia : jap ni last k last . aby ingat lagi tak lagu fav kita ?
Adam : ingat laa sayang . lagu yang ni kan : http://www.youtube.com/watch?v=raL8V7IzSms
Ellysia : terima kasih aby sebab masih ingat . aby tolong belikan air untuk sayang boleh tak ? sayang haus laa.
Adam : baik lah

Adam pergi ke kantin bawah untuk pergi beli air yang suruh oleh kesayangannya walaupun hatinya berat untuk pergi sebab tak sanggup untuk tinggalkan isterinya kesorangan dalam penderitaan dan ketika memerlukan .

10.17 am
Adam sampai-sampai je, ellysia sudah nazak . ..

Adam: Sayang !!! jangan pergi tinnggalkan aby ~ aby tak sedia lagi kehilangan sayang . sayang !!!
Ellysia: aaaa bbb.yyy ... sayang saya tak?
Adam : Aby sayangkan sayang !!! aby sanggup buat apa je demi sayang !!!
Ellysia : kalau sayangkan sayang , relakan sayang pergi dan pergilah cari penggati yang abadi ,
Adam : tidak !!! tidak !!! tiada siapa boleh gantikan tempat sayang !!! sayang !!!

Ellysia telah pergi tinggalkan adam buat selama-lama-lama-lamanya .

04.59 pm
Selepas selesai pengebumian ellysia dan ismail . Adam membaca surat yang ditulis oleh ellysia kepadanya...

"Aby sayang nak aby tahu yang sayang memang cintakan aby sampai ke syurga tapi surat ini adalah surat terakhir untuk aby . Sayang hanya mampu luahkan melalui puisi kepada aby...


Sayangku ~
seandainya hari ini 
adalah hari terakhir buatku
izinkanlah aku menatap wajahmu
berikanlah aku seukir senyuman manismu
agar aku bisa bertahan sedikit waktu lagi
biar aku bernafas
mencium harum wangianmu itu
yang menusuk ronggaku

Sayangku ~
sesungguhnya hati ini senang 
saat bersama denganmu
tika bergelak ketawa denganmu
aku bahagia

Sayangku ~
hati ini berterima kasih
kerana kau sudi berkongsi rasa ini
dan membuka pinta hatimu buatku
meskipun kau tahu siapa aku

Sayangku ~
hadirmu mengubah segalanya
memori lukaku terhapus semuanya
apa yang ada
cuma rasa cintaku padamu

Sayangku ~
biarpun bahagia ini cuma sementara
ku harap kau merelakannya
ku pohon kau mengertikannya

Sayangku ~
aku tak bisa lama lagi
pandanganku ini berat sekali
sekiranya jatuh kelopak ini
maka carilah pengganti
agar kau gembira lagi
biar kau tidak berpatah hati

kerana ~
aku tidak dapat bersama denganmu
memintal dan mencalit cinta
menyimpul dan memahat rindu

Sayangku ~
selepas aku pergi 
aku yakin
kau akan dapat lihat alam ini
terimalah ini biarpun
wajahku tidak pernah ditatap olehmu
yang selama ini hidup bersamaku

Sayangku ~
harapku agar kau bahagia 
dan doakanlah kesejahteraan buatku

yang pergi buat selamanya 

i love you aby"

16 tahun kemudian , Adam masih tidak berkahwin lagi dan sering pergi ke tempat kesukaan Ellysia setiap petang . Dengan pergi ke sana, Adam dapat merasakan kehadiran Ellisya dan rasa tenang . Kesetiaan adam kepada ellysia membuatkannya membujang sehingga tua walaupun sudah ramai wanita cuba tawan hatinya namun gagal . Kesetiaannya dan cintanya hanya pada Ellysia kerana dia telah berjanji akan cinta ellysia ke syurga ~~~

Tamat !!!

pelakon : riduan
editor : riduan
grafik : riduan {ada ea?}
subtittle : riduan { ada ke?}
skrip : riduan 
jurusolek : riduan
pengarah : riduan
Produksi : Riduan SKP