Blogger Layouts
Assalammualaikum CINTA ! tenangkan hatimu ketika membaca BLOG saya ! :)

Monday, April 14, 2014

==> Cinta Sejati

Assalammualaikum  Saya tidak akan melupakan tarikh 14/4 bukan kerana saya putus cinta atau kecewa tetapi merupakan tarikh yang membuatkan saya berasa hiba akan kehilangan seorang insan yang tiada gantinya . GF pergi dan akan datang kembali namun kasih sayang seorang ayah sumpah tidak sedemikian . Gelak tawanya masih buat saya teringat-ingat . Gurau sendanya masih saya bermain diminda . Sejujurnya, airmata akan mengalir tanpa diduga dan kini saya merasakannya . Yaa sudah dua tahun pemergiannya namun kehadirannya masih saya terasa . Ya Allah, jangan lah Kau seksa ayah aku , sesungguhnya aku tahu akan azab dan hisabMu sangat saya geruni . Ya Allah sesungguhnya aku anaknya memohon seribu pohon agar kau kurangkan azabMu terhadap ayahku . Ya Allah , Sakaratul maut sangat menggerunkan ya Allah . Ya Allah , saya sebagai anaknya tidak sanggup membiarkan ayahku diseksa ya Allah . Mohon doa dan permintaanku diterima dan diperkenan ya Allah . Amin ya rabb sesungguhnya kau Maha Pengampun dan Maha Penyayang . 

Kepada kaki skodeng blog, warga FB yang nak tahu kisah selanjutnya kisah detik pemergiannya sila tekan link ini : http://saatkaupergi-ss501.blogspot.com/2012_04_01_archive.html . 

Kepada yang masih ada ibu dan ayah , maka hargailah mereka sebagaimana mereka hargai anda , Jangan agungkan dan hargai COUPLE anda semata-mata . Lagha semua tu !!! . Tanpa diorang maka tidak ada anda dimuka Bumi ini . 

Now Story Baru :

Yuffirul Irsyad Alendra seorang kacukan Malaysia dengan Turki .
Panggil : Irsyad
Berusia 20 tahun .
Berpenampilan baik dan kemas
Ilmu agama dan duniawi dipuji
Bersahaja dan kacak
Seorang yang dibesarkan keluarga biasa-biasa sahaja

Hari Jumaat, seperti biasa Irsyad akan berjalan kaki pergi ke Masjid untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid berdekatan rumahnya . Sesudah selesai solat, maka Irsyad dalam perjalanan pulang ternampak seorang gadis sunti {sunti ke} sedang menyapu sampah dibrokoni rumah wanita berkenaan . Irsyad bergegas  pulang kerumahnya dan memberi tahu akan hal ingin menyunting wanita berkenaan kepada ibunya . Ibunya tergamam dan terkesima , yaa siapa tak terkejut pada usia 20 tahun ingin melamar seorang gadis solehah anak imam terkemuka kampung . Ibunya melarang namun Irsyad bersungguh-sungguh untuk menikahi wanita tersebut . 

Pada petang keesokkan harinya, keluarga Irsyad menyunting wanita yang dipertaruhkan untuk menjadi isterinya walaupun tidak pernah bersemuka dan berkenalan each other {amboi~} . 

Keluarga wanita tersebut bagai diawang-awangan dan ekoran lamaran keluarga Irsyad yang baru berusia 20 tahun sudah ingin menikahi anak daranya . yaa siapa nak beri keizinan bab kahwin ni bukan seperti main Angry Bird malah Candy Crush namun kena tempuh suka dan duga sepanjang hayat . Malahan, anak imam tersebut masih 19 tahun . Dua dua masih belajar. kelak nak beri makan apa ? batu ? pasir ? tempayan ? atau lesung ?

Atas budi bicara antara kedua-dua keluarga, lamaran keluarga Irsyad diterima dan majlis pertunangan dan pernikahan meraka akan berlangsung pada minggu depannya kerana tidak mahu melengah-lengahkan masa dan takut berlaku maksiat berleluasa antara meraka . 

Hari pernikahan , Irsyad bersama wanita solehah siap berniqab dihari pernikahannya sangat menawan berpakaian bagai sang raja dan permaisuri ingin mengadu domba bersama [ehem} . Alhamdullilah dengan seklai lafaz mereka sah diijab kabulkan sebagai suami isteri . Ehh lupa, nama wanita solehah tersbut ialah Nur Irsyah Ellysha Kasirah {panggil JEMAH haha. tak la, panggil :Ellysha}

Malam pertama, si Ellysha sedang menunggu di atas katil dan kemudian Irsyah mengetuk pintu biliknya serta memberikan salam . Ellysha yang berpakaian sutera tidur {seksi la konon~} . Irsyad memegang bahu Ellysha namun ditepis Ellysha . Irsyad tergamam dan mencuba sekali lagi untuk menyentuh Ellysha namun ditepis untuk kali keduannya . Kemudian...

Ellysha : awak ni kenapa ehh ? kenapa pilih saya jadi isteri awak ?! . Sedangkan ramai lagi wanita di luar tu tapi kenapa awak pilih saya ?!!
Irsyad : emmm, awak ~ ini malam pertama kita tapi kenapa awak persoalkan sedemikian ? . adakah awak tidak ikhlas terima lamaran saya sebagai suami awak ?
Ellysha : yaa memang memang tak ikhlas !!!
Irsyad : awak ~ kenapa ? kenapa awak cakap macam itu ? saya tak sangka . Saya ingin awak solehah yang jitu dan patuh akan segala hal namun anggapan saya salah awak hanya baik penampilan namun buruk kelakuan !!! . hari ni saya tidur luar {info: lelaki akan merajuk kalau tak dapat malam pertama}

Keesokkan harinya , Ellysha ingin menuntut cerai pada Irsyad . Tindakkan Ellysha membuatkan Irsyad seakan-akan tidak percaya dan ....

Irsyad : awak ~ kenapa awak ingin bercerai ? apa salah saya ? kalau tentang malam tadi , saya mintak maaf mungkin awak belum bersedia , Namun, saya ingin awak tahu saya menikahi awak bukan sebab nafsu tetapi sebab saya yakin awak mampu menjadi isteri yang terbaik untuk saya dan ibu kepada anak-anak saya kelak 
Ellysha : sudah !!! cukup !!! ceraikan saya !!!
Irsyad : maaf , janganlah begini . Beri saya masa 3 hariuntuk tawan hati awak please jika saya gagal saya akan tunaikan permintaan awak{buat muka comel}
Ellysa : ...{5 minit kemudian} . baik lah . 

Hari pertama :
Subuh subuh lagi Irsyad meletakkan 20 jambak bunga ross , 20 jambak bunga sundal malam , 20 jambak bunga orkid dan 1 bunga matahari di atas katil yang besertakan sepucuk surat 

Kepada Ellysya isteriku yang aku kasihi:
Ellysha, pertama kali saya melihat awak dengan berniqab dan berjubah itu sudah menambat hati saya yang tulus untuk memberikan sepunuh kasih dan sayang kepada awak . Saya seakan-akan yakin bahawa kehadiran awak mampu memberi sinar dan cahaya kegelapan sejenak sanubari hati ini . Tidak pernah hati saya dihiasi oleh wanita . Saya ingin memiliki dan ingin awak fahami akan perasaan saya terhadap awak

pecah kaca pecah gelas
sudah baca harap balas
sudah belas dengan penuh ikhlas
jangan lupa buatkan air untuk saya segelas
kalau tak ada , nanti awak saya libas
dan saya harap dapat cinta high class

Sesudah Ellysha baca, dia balas suratnya namun di letakkan didalam almari sebelah katilnya . 

Hari kedua :
Hari kedua tidak seperti hari biasa, Irsyad mengajak Ellysha pergi ke taman untuk beriada . Walupun muka Ellysha masam namun tetap pergi juga . 

DI depan kolam , maka Irsyad membacakan puisi kepada Ellysha yang sedang duduk di kerusi sebelahnya {dia ingat sweet letew ~}

 Sayangku~
seandainya kau fahami
izinkan aku untuk memenuhi ruang hatimu
biar aku dapat bernafas
untuk mencium harum wangimu

Sayangku~
hati ini ingin berterima kasih
kerana kau sudi terima diri
meskipun kau tahu siapa aku
yaa aku bukan paku

Sayangku~
bukalah hatimu itu
hadirmu megubah segalanya
memori luka ku terhapus semuanya
apa yang ada ?
cuma rasa cintaku padamu

Sayangku~
biarpun bahagia ini cuma sementara
ku pohon kau kau mengertikannya
sekiranya aku gagal dalam tawan pusara
maka kau carilah pengganti 
biar kau tidak patah hati

Sayangku~
sekiranya aku tidak dapat bersamamu
memintal dan mencalit cinta
menyimpul dan memahat rindu
maka aku pasti kau akan merasa kehilanganku

Hati Ellsya sebak juga mendengar puisi oleh Irsyad yang diungkapkan dengan tipuan angin sepoi-sepoi bahasa .

Hari ketiga,
hari terakhir bagi Irsyad, namun pada hari berkenaan . Irsyad tidak sedar untuk bangun subuh . Apabila Irsyad sedar {pukul 10 pagi} namun ada surat disebelahnya

Kepada Irsyad yang saya kasihi dan hormati:
Terima kasih akan sudi melamar diri ini walaupun awak tidak pernah mengenali diri ini . Yaaa sebenarnya saya sudah terima awak seadanya since awak melamar saya . Saya ingin  ucapkan seribu ampun dan maaf akan hal saya tinggikan suara di malam pertama . Maaf . Awak, hari ni , saya pergi buat selama-lamanya, saya mohon cerai pada awak . Jangan cari saya lagi . maaf . awak baca surat di dalam almari  . terima kasih bye

Irsyad bergegas pergi ke almari dan membaca surat tersebut dengan sebak dan hiba :
Kepada Irsyad:
Terima kasih kerana sudi terima saya dan terima kasih sebab sudah beri saya banyak sangat jambak bunga . Bungan matahari memang bunga fav saya . Terima kasih ya awak , saya terharu tetapi saya nak luahkan sesuatu yang awak belum tahu

Irsyad, fuhhhh . saya tidak faham apa yang awak tertawan dengan saya sedangkan awak mampu dapat yang lebih better daripada saya . Awak, yaa now awak nampak saya berpenampilan solehah namun kisah silan silam saya awak tidak pernah tahu . okay, saya nak awak tahu ...{sobsob irsyad menangis} .. saya mohon maaf kerana bukan nak derhaka pada awak sebagai seorang isteri namun saya seba salah akan dosa lampau saya yang pernah saya lakukan . Saya bukan tak sudi malam pertama dengan awak namun saya pernah merelakan jiwa dan maruah saya kepada insan yang bukan halal .

Saya dahulu ada couple , pernah bersumpah hidup dan mati bersama . since dari situ iman saya tergugat kerana syaitan semakin hari semakin bermaharajalela dan nafsu berleluasa . Pada suatu hari, saya merelakan sentuhan dan maruah saya dinoda . Memang indah namun hakikatnya bukan mudah . Saya tidak mampu lawan nafsu saya sebab itu saya tolak malam pertama awak kerana saya hina awak

Namun kini, dia sudah pergi dan tinggalkan saya merana . saya minta cerai sebab iman saya goyah awak . Tak perlu lagi awak cari saya . selamat tinggal suamiku yang halal walaupun sementara . bye

Selesai irsyad baca surat yang Ellysha tulis , Irsyad redha dan bertemu Ellysha dirumah orang tuanya untuk bersama kembali serta menyatakan bahawa Irsyad sudi dan terima seadanya diri Ellysha . Ellysyha terharu dan terima lamaran Irsyad buat kali kedua

Namun mereka sempat berbahagia hanya untuk 2 hari sahaja kerana Irsyad telah pergi buat selama-lama-lama-lamanya ekoran accident . #sobsob tamat ~~~