Blogger Layouts
Assalammualaikum CINTA ! tenangkan hatimu ketika membaca BLOG saya ! :)

Friday, July 29, 2011

Biology and Chemistry !

Pada masa biology tadi , saya  belajar chapter 5 iaitu inheritance ( kenape la bab reproduction da abes ! ) . btw , kalau you all nak tau banyak-banyak subjek science saya paling suka BIOLOGY dan paling damn sekali iaitu subjek ADDMATH . haha ! . Emm , masa belaja bab inheritance dengan penuh fokus dan ketaksubannya tadi ada topic pasal DNA , GENE , ALLELE , and bla bla bla ( sumpah belom masok dlm KEPALA HOTAKK aku lagi ! ) then ada laa masuk pasal darah , jenis-jenis darah dan seangkatan dengannya . So , cikgu saya pun cakap laa [dialognya di bawah]


Cikgu : Siapa tau jenis darah dia apa ? 
Students : takk tauuuu ~
Cikgu : Kalau tak silap saya , dalam makmal ni ada blood test .
Students : kita orang nak buattt !!! (jerit dengan penuh kerakosan ~)
Cikgu : # hanya mampu tersenyum
Students : Alaa cikgu , boleh laa ~
Cikgu : # masuk dalam makmal then pergi ambil blood test .


After that ( fuhh , riduan specking ) , cikgu saya pon keluarkan laa blood test tu then students pon datang menyerbu especially saya laa . haha ! . maklum laa budak-budak jakun a.k.a HULU . hee . So , cikgu tunjukkan laa cara-cara nak guna benda alah tuu . After that , da paham macam mana nak buat so turn saya laa pulak untuk mencubanya . ( tengok ganba di bawah dahulu )



Nampak tak kertas yang ada tulis " BLOOD LANCET " (hah ! nampakkk ! ) . nampakkan so dalam tu ada jarum . Hah ! . saya nak try cucuk sendiri memang tak laa !  , nak suruh kawan seramm ni ~ because paham-paham laa kalau kawan buatkan macam mana nak membunuh dan kalau you all nak tau ada kawan saya tolong cucukkan jarum untuk kawan dia macam cucuk apa entah ( berkali-kali dengan penuh semangat ) . perhh ! geliman NYAH tengok so saya pun suroh laa cikgu untuk tolong cucukkan (lagi pon nak manje2 dgn cikgu ) . So lepas cikgu cucukkan jarum hampir 3 kali baru laa darah keluar dan walaupun keluar tapi ciiputt jee . haha ! . sebab time tu saya nervous . Then da letak darah pada kertas and campurkan serum so saya tunggu la for a while untuk dapatkan result . Tunggu punya tunggu , baru laa dapat result . Rasult jenis darah saya ialah tak dapat di kenal pasti . BAHAHA ! . tak laa , resultnya saya ni jenis darah B . chill yaw ~ .

Itu pada masa BIOLOGY , pada masa CHEMISTRY pulak . Hah ! . macam ni ceritanya . Once cepon timess ~ . HAHA ! . okay-okay , saya serious . Emm , time cikgu mengajar kat depan saya dengan kawan-kawan semeja dengan saya main text-text dan reply menggunakan buku tanpa bersuara a.k.a silent . (sila tengok ganba di bawah)







Hah ! penuhkan page buku saya . HAHA ! .ini laa yang saya dengan kawan-kawan saya buat time cikgu mengajar dan time kebosanan bila cikgu membebel dengan perkataan-perkataan yang pelik-pelik dan annoying ! . hee . Daripada dengar tapi tak paham baik kita buat benda yang boleh hilangkan stress dan boring . For your information a.k.a saya buat semua ni first time okay ! . selalunya saya focus dan tekun dengar cikgu bercakap dan mengajar tanpa berkelip sesaat pon . 

Conclusion a.k.a natijahnya , janganlah buat macam saya sebab semua ini adalah membazirkan masa sahaja ! . (cehh ! . poyos laa kau !)



Tuesday, July 26, 2011

Maafkan saya ~

Sila dengar lagu di bawah dan sila hayatinya . Lagu tu didedikasikan kepada seseorang dan saya harap dia faham apa yang saya nak maksudkan . Melalui lagu ini saja yang mampu saya jelaskan kepada awak sebab saya tak mampu untuk memberitahu awak perkara yang sebenar . Please forgive me from top to toe . [ATTENTION] Kalau nak dengar lagu di video tu sila pause-kan lagu di bawah dahulu kemudian baru play lagu di video sebab baru boleh fahami maksud lirik tersebut .



Saturday, July 23, 2011

keep it up my words ~

Saya berarsa sangat-sangat bodoh bila saya tak jaga awak dengan sebaik yang mungin dan sedangkan awak tak pernah pandang pada lelaki lain . Lantas itu , saya baru merasakan kehampaan dan kesedihan yang tak dapat untuk di luahkan dengan kata-kata tapi cuma dengan tangisan saja yang dapat mengungkapkannya dan saya tak nak hari dan memori tersebut berlaku kembali biar laa lets bygone be bygone ~ . Apabila saya melihat dan mendengar suara awak membuatkan saya mengalirkan air mata tanpa di paksa dan bahawa ini saya ingin menyatakan saya gembira menjalinkan hubungan dengan awak dan walaupun awak sukar untuk mengertiya . Sumpah saya cakap , saya tak nak hari yang perih itu berlaku lagi kerana ia menyakitkan hati dan memberikan kekecewaan kepada kita lantas '' I LOVE YOU '' sering bermain di bibir saya , sekali lagi '' I CRY FOR YOU '' , sekali lagi '' I MISSING FOR YOU '' dan '' SAYANG , saya akan selalu ada di sisimu ~ '' . Hanya awak yang saya pandang yang mampu buat saya tersenyum dan saya suka pada senyuman awak yang menawan itu tapi saya tak bisa KETAWA dengan awak sebab saya terlalu memikirkan hari yang akan datang yang boleh memeritkan hati dan perasaan kita . Oleh itu , saya teringin ingin menatap wajah awak tanpa bergerak walaupon sesaat lanatas itu saya cuma mahu bagitahu '' I WANT YOU '' besertakan harapan yang tak berbelah bahagi . * sob sob 


Hah ! . saya nak share sikit ni bersama anda semua . Tadi saya pergi CITY SQUAR ( do i care ?~ . talk to my hand laa weyy ~ ) . Then saya tengok wayang laa ( hoyy ! i dont care laa ~ ) emm , cerita SENARIO THE MOVIE OPS POCOT ( hoyy ! diam laa ~ . sumpah aku cakap aku tak kesah ! ). Cerita tuu , nak kata kelaka tak jugak  sebab tak banyak best dan nak cakap bosan tak jugak sebab ada part yang wat saya ketawa . So conclusion a.k.a natijahnya cerita tu tak berapa nak best laa . Better tengok cerita HARRY POTPOTER . hee . chill ~ :)

Sunday, July 10, 2011

Yeah !

* tweet tweet ! , assalammualaikum . hee :) . pada petang yang indah dengan angin sepoi-sepoi bahasa dan tambah pula dengan hujan dari rahmat ALLAH S.W.T . fuhh ~ nyaman nokk ! . hee . Dengan ada masa terluang saya mengedit gambar saya tapi cuma ala-ala kadar saja sebab MALAS nokk ! . hee :) . okay-okay you all can see the picture as below ! . *twoot tweet , kalau nak tengok gambar yang AWESOME dan BOOM BASTIC tekan link ni : http://www.shafou.com/ .

gambar yang lama .

gambar yang telah di edit 
Awesome ! :)


gambar yang telah di edit .


what the tutt !
kenapa jadi Kim Hyun Junng ?! 


alala , sweetnyee ~
(jangan nak kekwat sangat bole tak ?!)

Awesome ! .haha !
anyway , ada benda yang tak di sepatutnya tengok tapi saya telah censored-kan . 









Sunday, July 3, 2011

Someting Yang Perempuan Tak Dapat Luahkannya ! :)

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Saturday, July 2, 2011

Jiwang Time ~

Cinta adalah anugerah yang paling berkuasa dan begitu indah sehingga boleh membuat seseorang itu lemah dan boleh menjadi gila demi cinta . Dengan cinta juga boleh membuat hidup seseorang lebih bermakna . Emm , sekarang ni saya nak luahkan isi hati saya pula .

kalau satu hari nanti awak menangis , bagitahu saya tapi saya  tak janji nak buat awak tersenyum tapi saya boleh menangis bersama awak . Kalau satu hari nanti awak ada masalah , bagitahu saya tapi  saya tak janji nak bagi penyelesaian tapi awak boleh kongsi dengan saya . Kalau satu hari awak nak pegi berjalan , bagitahu saya tapi saya tak janji nak halang awak tapi saya boleh teman awak . Kalau satu hari awak perlukan seseorang untuk mendengar cerita awak , saya tak janji akan ada untuk awak tapi kalau satu hari syg perlukan saya dan saya tak ada , mungkin saya telah tiada buat selama-lamanya . Jadi , saya harap awak hargailah orang yang awak sayang masa dia ada dan saya nak awak tahu ... saya sayang awak sangat-sangat ! :(  {korang bole copy kot ayat sy then bg GF or BF , confirm meleleh laa ~ . hee}