Blogger Layouts
Assalammualaikum CINTA ! tenangkan hatimu ketika membaca BLOG saya ! :)

Wednesday, November 20, 2013

==> Hargailah Cinta !

Takdir ? Kalau dalam bahasa inggeris ialah Fate bukan Fake . Takdir adalah segala kehendak-NYA . Walau kita teguh , walau kita gagah , walau kita kuat . walau kita mampu namun bila dikatakan tidak maka itulah jawapannya . Kita hanya merancang sahaja tapi segalanya diserahkan kepada ya rabbi .  Tidak kira apa jua masalah sama ada kehidupan , pekerjaan , cinta , kehendak dan kemahuan . Sejujurnya , usia saya yang baru kenal hidup ini sememangnya mahukan cinta dan mencari cinta sejati . Kata orang , time remajalah kita mencari cinta apabila sudah dewasa perasaan itu akan berkurangan kerana sibuk dengan kancah pekerjaan . Alhamdullilah , saya diberi peluang untuk hidup dan diberi peluang untuk mencari cinta .

Cinta? Yaaa cinta bagaikan langit yang berwarna biru dan terbentang luas . Apabila sudah mencari cinta dan mampu memilikinya maka mampu mengenal erti asmara yang menjanjikan kebahagiaan . Siapa yang tak bahagia apabila cinta dia telah berputik ? . Bagi tahu siapa ? . Tak ada siapa yang mengaku kerana setiap insan memang memerlukan cinta dan akan bahagia bila diperlihara . Namun , akan kecewa, rapuh , lara , hampa  . pasrah , menyesal , pilu , dukacita dan gelisah disebabkan putus cinta . Meskipun , kekecewa itu akan datang apabila dipermainkan dan dicurangi . Setiap detik dan saat yang berlalu , mengajar kita supaya kita mengenal erti budi masing-masing cuma kita sahaja yang tidak manfaatkan . Andai kata, anda mendapat kekasih yang Playboy, anda tidak perlu menyesal dengannya kerana memiliki dia tetapi anda cuba mengubah hidupnya . Playboy manusia juga ada perasaan dan ada jiwa yang mempunyai perasaan simpati dan empati . Percayalah ~ . Kalau kita dapat kekasih Playboy , bukan kita memaki hamun dan tidak menerima dia terus namun itulah peluang anda untuk mengubahnya malahan kelak dia akan setia lebih luar biasa daripada lelaki biasa terhadap anda . Manakala, kalau anda mendapat wanita yang Playgirl , maka caranya pun sama namun lelaki sukar untuk menerima perempuan yang sudah tiada dara . Walaupun sukar, bukan bererti dia tidak menerima namun dia perlukan masa untuk merima kerana dia perlukan masa untuk sesuaikan diri dan terima kenyataan . Sejujurnya, wanita tersebut perlulah bersifat jujur dan setia 200% terhadap lelaki yang kecewa dengannya bukan melarikan diri . Lelaki tersebut akan menerima anda kelak .

Sejujurnya, walaupun saya sudah menjalani hidup untuk mencari cinta namun saya masih rapuh dalam kesetiaan untuk mencintai pasangan saya . Saya mudah goyah , jadi saya mahukan sokongan dan nasihat supaya mampu memapah saya untuk terus berdiri . Pegangilah saya agar saya tidak jatuh supaya tidak menyesatkan cinta saya . Saya bukan nabi yang sempurna . Bukan menyalahkan diri saya, hina , cela dan kutuk namun perlu beri bimbingan agar dapat menyatukan hati .

Nak cerita tentang cinta memang sungguh luas skopnya . Kekadang kita suka dan sangat menyintai orang itu tapi sedangkan dia tidak perasan dan tidak nampak seolah-olah kita tidak wujud . Namun dia memadang pada insan yang lain . Itu bodoh , bak kata orang "cintalah orang yang mencintai kita bukan mencintai orang yang kita cintai" . Kenapa orang cakap sedemikian ? Yaaa kerana dia akan menghargai kita sepenuh hatinya dan memberi 100% kesetiaan dia terhadap kita .

Kekadang saya tidak faham dengan wanita putus cinta ini . Dia punya kecewa macam dia mati laki . Dasyat laa ~ Yaaa , wanita memang mudah kecewa sebab dia insan yang lemah jika nak dibandingkan dengan lelaki . Tapi, dia perlu tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan terutama dalam dunia percintaan . Bukan pasrah memang , sampai bila ? . Bak kata budak-budak twitter dan facebook "move on" . 

Sejujurnya, kehilangan memang berat bagi sesiapa sahaja malahan saya pun turut merasakan . Seboleh-bolehnya, cinta dan kekasih kita itu akan kita jaga sampai mati kerana pasanganlah yang melengkapkan hidup kita . Jadi, saya mohon lengkapi dan temanilah hidup saya wahai pasangan yang bakal menjadi isteri saya kelak . Hidup ini akan gelap tanpa pasangan . Hidup ini akan sepi juga tanpa pasangan . Yaaa hidup ini akan bosan tanpa pasangan . Sebab itulah, kalau tengok di Facebook or laman sosial yang lain ada sahaja yang update tentang "Saya SINGLE , siapa nak saya?" . Sebab siapa nak single dan kebosanan tanpa pasangan bukan . 

Jadi , kesimpulannya . Kalau kita disayangi , dihargai , dicintai dan dirindui maka balaslah semula dengan dua kali ganda perasaan yang dilontarkan oleh pasangan anda . Perasaan tersebut bukan mudah untuk dimiliki . Percayalah ~ . Jangan pernah untuk berubah dan mengubahnya kawan . Jangan relakan . Jangan jangan jangan . Jangan sampai sudah kehilangan baru nak menghargai kerana semua itu sudah terlambat . Habis hancur berkecai harapan kita nanti . Hargailah orang yang benar-benar mencintai kita okay . Roger and out . 
  

No comments:

Post a Comment