Blogger Layouts
Assalammualaikum CINTA ! tenangkan hatimu ketika membaca BLOG saya ! :)

Friday, March 15, 2013

Sedih Kerinduan !

Assalammualaikum ~ Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful ~


Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama.

Sejak 2 menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Buat kau sentiasa disini
Kau nampak aku,tapi kau bukan di sisi
Walau ku mahu kau terus ada sini.
Sentuhan katanya memangku iakan
Sentuhan kau ku biarkan tapi susah dilupakan
Aku harap kau lebih faham dan percaya
Ku hampa walau semuanya dah dijangka.

Beberapa kali telah kita membina cinta
Kau dan aku memang cukup indah bersama
Turun naik bersama,tak pernah putus asa
Ku bersumpah ku mahu itu semua terus ada
Namun hakikatnya,bukan mudah
Kau ingat bahagia milik kami berdua
Sebenarnya cinta dari kau buat ku bahagia
Dengarlah apa pula hati ku kata.

Rahsia ini
Telah lama aku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan

Jangan kau pergi
Kerna ku perlu kau disini
Tiba masanya
Untuk kita bersama kembali

Sejak 2 tahun lagi,
Puas ku menunggu cinta yang sejati
Cinta dari hati,hati seorang perempuan oh
Bukan orang lain,tapi kawan sendiri
Kaulah yang ku tunggu,ku tunggu sampai mati
Jujurnya,ku bagaikan berangan angan
Berseorangan, di dalam awang awangan
Mengharapkan cinta yang mungkin tak akan ada
Tapi ku hanya diam kerna kau sudah bahagia


Aku sentiasa mendengar,aku sentiasa hadir
Tapi kau tak pernah tahu malah tak sedar lagi
Jadi ku hanya mampu tersenyum dan tersengih
Pada diri,memang aku syok sendiri
Pabila dia tiada,kau cariku bagai nak gila
Ku tetap hadir tapi ego masih ada
Ku ambil orang lain untuk tutup segala luka
Namun perasaanku, padamu masih sama

Rahsia ini
Telah lama aku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan

Jangan kau pergi
Kerna ku perlu kau disini
Tak perlu lagi
Kita mencari teman pengganti

__________________________________________________

    Sebenarnya , bukan di atas yang saya niatkan untuk post tapi semua itu berlaku secara tidak sengaja haha . Okey ! Tarikh 14 haribulan adalah hari yang penuh kenangan pada saya . Apa yang ada pada tarikh itu ? Yaa ~ itulah tarikh merupakan hari kesedihan saya yang saya akan ingat sampai bila-bila . Sedih ? {kenapa wan kenapa wan kenapa} . Yaa 14 haribulan merupakan hari hembusan nafas terakhir orang yang paling saya di dunia ini iaitu abah ! . 14/3/13 da genap 11 bulan arwah pergi tinggalkan saya . Masa itu berlalu begitu cepat bagaikan baru semalam semua ini berlaku tapi apa kan daya semua itu sudah terjadi dan saya haru terima qada dan qadar walaupun hati ini sukar untuk terima hakikat yang sebenar yang dia sudah pergi buat selamanya . Abah ~ wan sangat merindui mu ~ . Gelak tawa , senyuman , dan gurauan mu masih terpahat dihati hmm malah wajahmu masih terpancar dimata ini . Pemergiaan mu amat mengoyahkan wan sehingga wan da tak mampu untuk meneruskan hidup ini dan iman dijiwa ini lah yang menyokong wan sampai sekarang . Yaa wan memang sayang abah sangat sangat ! . Pemergianmu merupakan memori duka ku hingga wan tak dapat memintal dan mencalit kasih sayang , dan menyimpul dan memahat rindu . Apabila balik kampung , saya akan teringat segala gurauannya . hahhhh ! stress !!! . Sehingga saya mengalirkan air mata apabila teringat semua itu . Ok ! . saya masih teringat lagi time dia datang umah saya pada hari Selasa (10/4/2012) , time tu dia baru lepas keluar hospital dan terus datang rumah saya sebab kalau balik rumahnya hanya ada mak seorang saja kalau ada apa-apa yang berlaku so susah . Petang tu saya seronok dapat bergurau bersama dengannya tapi pagi pukul 3 pagi dia kena serangan jantung tapi tidak begitu serius jadi mak suruh saya tidur sebab mak cakap dia boleh jaga dan dia cakap "wan tak payah risau~ abah sakit sikit je ni" . walaupun kaki ini melangkah namun hati saya sebak untuk meninggalkannya . Dalam bilik , saya berdoa dengan penuh harapan kepada Allah supaya sembuhkan penyakit dan berikan abah peluang untuk panjang umur  sehingga bantal saya basah dengan air mata . Yaaa ~ Allhamdulliah , umurnya dipanjangkan tapi hanya beberapa hari sahaja . Walaupun beberapa hari , saya bersyukur kepada Allah kerana makbulkan doa saya . Pada hari Sabtu , selepas zohor adalah hembusan terakhirnya . Walaupun , saya tak sempat mandikannya tapi saya bersyukur sebab sempat untuk bersamanya sehingga ke liang lahat dan menjalankan proses pengebumian . Yaa saya sebak ketika menimbus tanah bagaikan saya tidak percaya apa yang berlaku . Wan , doakan abah dicucuri rahmat dialam sana . amin

Re-post blog : 14/4/12

Tanggal 14 April 2012 pada jam 1 petang adalah hari kesedihan saya yang teramat amat sangat sebab atas pemergian orang yang saya paling sayang diatas muka bumi ini iaitu abah saya A.KAHAR BIN ABDULLAH . Saya rasa sedih sebab tak dapat jumpa arwah ketika hembusan nafas terakhir cause time tu saya tengah kerja then boleh pulak handphone saya tu buat problem biasanya bila orang call or text je da dengar ni tak berbelas kali orang call pon tak dengar err ==' then sampai abang saya datang kat tempat kerja tok amek saya . Bila dia sampai je then terus cakap "wan , abah da tak de" perhhh saya da nak pengsan boleh tak sampai macam dunia ni da tak berpusing lagi . Bila saya sampai je , orang semua da nak semayangkan tapi nasib baik laa saya da cium arwah buat kali terakhir *sob sob . 

Hari Khamis 12 April 2012 , saya datang melawat arwah di Hospital Kota Tinggi by the way dia masuk hospital pada 10 April 2012 akibat lemah jantung then bila jumpa je dia sempat bergurau lagi dengan dia macam dia tu tak sakit jee sampat gelak gelak lagi kann .Oleh itu , terkilan juga laa sebab tak sempat nak hantar dia ke Institut Jantung Negara (IJN) sampai da ada sponsor Dato' lagi tapi nak buat macam mana kan dan lagi satu yang terkilannya perkhimatan kat hospital tu macam apa je da masuk berapa hari kat situ pon buat medical check up macam apa sampai ada pendarahan kat dalam badan pon tak tau errr . Da lah ! malah nak cerita pasal doctor kat hospital tu . Bila jumpa si arwah , padah laa beria-ria suruh saya tangkap ganbar then dia cakap " wan, handphone wan kann besar amek laa gambar abah" , lepas dia cakap macam gitu ohh ok la kan then rupa-rupanyanya tu laa gambar terakhir dia (sumpah time saya type ni air mata aku menitis) then kini saya bila tengok handphone saya je saya sedih .


Kini setelah pemergiannya , hidup saya tak seceria seperti dulu lagi kerana tiada lagi gelak tawa bersamannya . Bukan mudah untuk saya terima hakikat tapi saya kena jugak percaya pada qada' dan qadar bahawa ajal maut itu mesti akan berlaku even betapa kita sayang betapa kita jaga tapi ia akan tetap pergi kerana itu semua milik ALLAH dan kita tak mampu melawannya . Abah , wan akan sentiasa doakan abah dan jadi anak yang baik . Wan sayang abah ! .

Semoga arwah dicucuri rahmat , tenang dan dipermudahkan di alam sana amin . Al - fatiha .

1 comment:

  1. terharu sgt2 bace post awk niey .. sedih sgt2 .. sampaikan tak boleh nak nahan kesedihan .. btw moge arwah ayah awk aman dan teng di sana .. Al-Fatihah .. :)

    ReplyDelete