Blogger Layouts
Assalammualaikum CINTA ! tenangkan hatimu ketika membaca BLOG saya ! :)

Wednesday, November 20, 2013

==> Hargailah Cinta !

Takdir ? Kalau dalam bahasa inggeris ialah Fate bukan Fake . Takdir adalah segala kehendak-NYA . Walau kita teguh , walau kita gagah , walau kita kuat . walau kita mampu namun bila dikatakan tidak maka itulah jawapannya . Kita hanya merancang sahaja tapi segalanya diserahkan kepada ya rabbi .  Tidak kira apa jua masalah sama ada kehidupan , pekerjaan , cinta , kehendak dan kemahuan . Sejujurnya , usia saya yang baru kenal hidup ini sememangnya mahukan cinta dan mencari cinta sejati . Kata orang , time remajalah kita mencari cinta apabila sudah dewasa perasaan itu akan berkurangan kerana sibuk dengan kancah pekerjaan . Alhamdullilah , saya diberi peluang untuk hidup dan diberi peluang untuk mencari cinta .

Cinta? Yaaa cinta bagaikan langit yang berwarna biru dan terbentang luas . Apabila sudah mencari cinta dan mampu memilikinya maka mampu mengenal erti asmara yang menjanjikan kebahagiaan . Siapa yang tak bahagia apabila cinta dia telah berputik ? . Bagi tahu siapa ? . Tak ada siapa yang mengaku kerana setiap insan memang memerlukan cinta dan akan bahagia bila diperlihara . Namun , akan kecewa, rapuh , lara , hampa  . pasrah , menyesal , pilu , dukacita dan gelisah disebabkan putus cinta . Meskipun , kekecewa itu akan datang apabila dipermainkan dan dicurangi . Setiap detik dan saat yang berlalu , mengajar kita supaya kita mengenal erti budi masing-masing cuma kita sahaja yang tidak manfaatkan . Andai kata, anda mendapat kekasih yang Playboy, anda tidak perlu menyesal dengannya kerana memiliki dia tetapi anda cuba mengubah hidupnya . Playboy manusia juga ada perasaan dan ada jiwa yang mempunyai perasaan simpati dan empati . Percayalah ~ . Kalau kita dapat kekasih Playboy , bukan kita memaki hamun dan tidak menerima dia terus namun itulah peluang anda untuk mengubahnya malahan kelak dia akan setia lebih luar biasa daripada lelaki biasa terhadap anda . Manakala, kalau anda mendapat wanita yang Playgirl , maka caranya pun sama namun lelaki sukar untuk menerima perempuan yang sudah tiada dara . Walaupun sukar, bukan bererti dia tidak menerima namun dia perlukan masa untuk merima kerana dia perlukan masa untuk sesuaikan diri dan terima kenyataan . Sejujurnya, wanita tersebut perlulah bersifat jujur dan setia 200% terhadap lelaki yang kecewa dengannya bukan melarikan diri . Lelaki tersebut akan menerima anda kelak .

Sejujurnya, walaupun saya sudah menjalani hidup untuk mencari cinta namun saya masih rapuh dalam kesetiaan untuk mencintai pasangan saya . Saya mudah goyah , jadi saya mahukan sokongan dan nasihat supaya mampu memapah saya untuk terus berdiri . Pegangilah saya agar saya tidak jatuh supaya tidak menyesatkan cinta saya . Saya bukan nabi yang sempurna . Bukan menyalahkan diri saya, hina , cela dan kutuk namun perlu beri bimbingan agar dapat menyatukan hati .

Nak cerita tentang cinta memang sungguh luas skopnya . Kekadang kita suka dan sangat menyintai orang itu tapi sedangkan dia tidak perasan dan tidak nampak seolah-olah kita tidak wujud . Namun dia memadang pada insan yang lain . Itu bodoh , bak kata orang "cintalah orang yang mencintai kita bukan mencintai orang yang kita cintai" . Kenapa orang cakap sedemikian ? Yaaa kerana dia akan menghargai kita sepenuh hatinya dan memberi 100% kesetiaan dia terhadap kita .

Kekadang saya tidak faham dengan wanita putus cinta ini . Dia punya kecewa macam dia mati laki . Dasyat laa ~ Yaaa , wanita memang mudah kecewa sebab dia insan yang lemah jika nak dibandingkan dengan lelaki . Tapi, dia perlu tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan terutama dalam dunia percintaan . Bukan pasrah memang , sampai bila ? . Bak kata budak-budak twitter dan facebook "move on" . 

Sejujurnya, kehilangan memang berat bagi sesiapa sahaja malahan saya pun turut merasakan . Seboleh-bolehnya, cinta dan kekasih kita itu akan kita jaga sampai mati kerana pasanganlah yang melengkapkan hidup kita . Jadi, saya mohon lengkapi dan temanilah hidup saya wahai pasangan yang bakal menjadi isteri saya kelak . Hidup ini akan gelap tanpa pasangan . Hidup ini akan sepi juga tanpa pasangan . Yaaa hidup ini akan bosan tanpa pasangan . Sebab itulah, kalau tengok di Facebook or laman sosial yang lain ada sahaja yang update tentang "Saya SINGLE , siapa nak saya?" . Sebab siapa nak single dan kebosanan tanpa pasangan bukan . 

Jadi , kesimpulannya . Kalau kita disayangi , dihargai , dicintai dan dirindui maka balaslah semula dengan dua kali ganda perasaan yang dilontarkan oleh pasangan anda . Perasaan tersebut bukan mudah untuk dimiliki . Percayalah ~ . Jangan pernah untuk berubah dan mengubahnya kawan . Jangan relakan . Jangan jangan jangan . Jangan sampai sudah kehilangan baru nak menghargai kerana semua itu sudah terlambat . Habis hancur berkecai harapan kita nanti . Hargailah orang yang benar-benar mencintai kita okay . Roger and out . 
  

Tuesday, November 12, 2013

==> Menyesal :(

ASSALAMMUALAIKUM ~

Sejak 2 tahun lagi aku mencari sesuatu yang bisa aku senangi dan kagumi namun sehingga kini sukar aku temui . Kenapa ? . Pertemuan dan salam perkenalan diungkapkan seterusnya menjadi keakraban dalam diri untuk mendekati . Namun, di akhiri dengan pergantungan tidak bertali malah mati kerana penyesalan atas diri ini untuk menerima yang menyakitkan hati . Kenapa ? . Aku sudah penat dan bosan . Tolonglah ~ . Sampai bila aku mahu menggantungkannya ? . Aku mahu macam orang lain jua . Hidup ini mesti diteruskan walau aku sedar ramai fake people around me . Jadi, aku mengambil masa yang terluang ini untuk menebuskan kesalahan apa yang telah berlaku . Andai dapat aku undurkan masa kembali akan aku lakukan namun itu sekadar angan-angan dan mustahil bagi aku . Semua orang boleh letak kesalahan pada orang lain tetapi tak pernah rasa diri itu bersalah dan letakkan kesalahan pada diri sendiri sedangkan apa yang telah dilakukan lebih teruk daripada orang lain . Bila ia sudah pergi dan sudah tidak bermakna lagi barulah aku rasa hampa dan kecewa dengan masa lalu . Nak dinyesalkan pun tidak ada gunanya sebab itu sudah terjadi . Tadah jela ~ . Itu membuat aku bertindak diluar kotak untuk mengubahkannya . Beribu puisi telah aku ungkapkan semata-mata untuk memuja kepada yang aku suka tetapi diakhiri dengan tangisan . Yaaa airmata . "Kau yang ingin aku miliki" ayat itu yang aku tanam dalam hati tapi terpaksa dikuburkannya . Pertemuan yang tak diduga saling bermesra . Semakin ingin memiliki semakin sakit hati atas tindakkannya . Kau menghancuri hati ini . Kata orang "usaah bandingkan sejarah lama" namun aku bukan macam gitu orangnya . Melangkah hati untuk merasakan hiba . Jangan gugurkan airmata kerana aku tapi tangisilah kerana kesalahan kau . Dahulu , acap kali aku sebut nama kau dalam doa namun kini membuatkan aku rasa bersalah untuk menyebutnya kembali . Sejujurnya, aku memang tanak ucapkan selamat tinggal tetapi kau yang memaksa untuk melafazkannya . Membazir sahaja dulu aku bersumpah janji setia untuk bersama tapi kau sendiri yang mendustakannya . Bodoh ! . Sejahat-jahat aku , aku tak akan buat begitu tapi kau ..??? . Bodoh ! . Andai ditakdirkan, kau dapat rasa apa yang aku rasa baru kau rasakannya betapa sakitnya aku . Keterlaluan ! kau tak sama seperti aku . Kau bukan puteri raja tapi kenapa kau buat begitu ? .  Bodoh ! . Kini, aku yakin tiada duka yang abadi .