Blogger Layouts
Assalammualaikum CINTA ! tenangkan hatimu ketika membaca BLOG saya ! :)

Saturday, April 14, 2012

Rindu Abah !

Assalammualaikum ~


Tanggal 14 April 2012 pada jam 1 petang adalah hari kesedihan saya yang teramat amat sangat sebab atas pemergian orang yang saya paling sayang diatas muka bumi ini iaitu abah saya A.KAHAR BIN ABDULLAH . Saya rasa sedih sebab tak dapat jumpa arwah ketika hembusan nafas terakhir cause time tu saya tengah kerja then boleh pulak handphone saya tu buat problem biasanya bila orang call or text je da dengar ni tak berbelas kali orang call pon tak dengar err ==' then sampai abang saya datang kat tempat kerja tok amek saya . Bila dia sampai je then terus cakap "wan , abah da tak de" perhhh saya da nak pengsan boleh tak sampai macam dunia ni da tak berpusing lagi . Bila saya sampai je , orang semua da nak semayangkan tapi nasib baik laa saya da cium arwah buat kali terakhir *sob sob . 


Hari Khamis 12 April 2012 , saya datang melawat arwah di Hospital Kota Tinggi by the way dia masuk hospital pada 10 April 2012 akibat lemah jantung then bila jumpa je dia sempat bergurau lagi dengan dia macam dia tu tak sakit jee sampat gelak gelak lagi kann .Oleh itu , terkilan juga laa sebab tak sempat nak hantar dia ke Institut Jantung Negara (IJN) sampai da ada sponsor Dato' lagi tapi nak buat macam mana kan dan lagi satu yang terkilannya perkhimatan kat hospital tu macam apa je da masuk berapa hari kat situ pon buat medical check up macam apa sampai ada pendarahan kat dalam badan pon tak tau errr . Da lah ! malah nak cerita pasal doctor kat hospital tu . Bila jumpa si arwah , padah laa beria-ria suruh saya tangkap ganbar then dia cakap " wan, handphone wan kann besar amek laa gambar abah" , lepas dia cakap macam gitu ohh ok la kan then rupa-rupanyanya tu laa gambar terakhir dia (sumpah time saya type ni air mata aku menitis) then kini saya bila tengok handphone saya je saya sedih .



Kini setelah pemergiannya , hidup saya tak seceria seperti dulu lagi kerana tiada lagi gelak tawa bersamannya . Bukan mudah untuk saya terima hakikat tapi saya kena jugak percaya pada qada' dan qadar bahawa ajal maut itu mesti akan berlaku even betapa kita sayang betapa kita jaga tapi ia akan tetap pergi kerana itu semua milik ALLAH dan kita tak mampu melawannya . Abah , wan akan sentiasa doakan abah dan jadi anak yang baik . Wan sayang abah ! .

Semoga arwah dicucuri rahmat , tenang dan dipermudahkan di alam sana amin . Al - fatiha .