Blogger Layouts
Assalammualaikum CINTA ! tenangkan hatimu ketika membaca BLOG saya ! :)

Wednesday, November 30, 2011

Puisi Untuk Iffa Amreeza !


Aku pasti punya masalah tiap kali ingin menulis puisi buatmu.
Entah kenapa, kuasa cintamu lebih hebat dari kata-kata yang akan terkeluarkan.
Saat itu langsung aku setuju yang dirimu satu.
Dan hari ini kau telah menjadi isayangku.
Ampunkan aku kalau aku pernah berkasar,
Ampunkan aku kalau aku pernah mengherdik,
Ampunkan aku kalau aku pernah menjerit,
Ampunkan aku kalau aku pernah terpekik, melolong,
Sayangku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, 
Memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana. 
Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu. 
Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam, 
Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik. 
Setiap nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.
Sayangku, Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,
Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku

SIPOT !

Assalammualaikum !


Bukan mudah kan untuk kita memahami seseorang dengan sepenuhnya . yaa , kita sebagai manusia mesti ada sifat ingan tahu dan ingin cuba dan mencuba tetapi mengenai untuk memahami seseorang ni memang sukar untuk kita faham . Makin kita cuba untuk faham makin sukar untuk kita terima (da macam hipotesis pulak kan) . Jikalau kita dapat memahai seseorang tu dengan sepenuhnya memang terbaik la kan tapi bagaimana pulak kalau seseorang tu kuat propa? . Lagi laa susahkan hurm . Bagi saya sekadar mengenali pun sudah cukup kot sebab disitu akan mulanya perasaan ingin menyelami untuk memahami seseorang . 


Mesti korang tak fahamkan apa yang saya ingin sampaikan pasal post kat atas tu . Emm, korang tak payah untuk memahami sebab saya pun susah untuk dipafami oleh seseorang that why laa saya post tu .


30 november 2011 adalah tarikh berakhirnya peperiksaan SPM saya . merdekaa !!! haha . Saya akan ingat tarikh tu sampai bila-bila sebab banyak kenangan sweet sour like asam jawa haha . Kini saya sudah pun tinggalkan sekolah saya iaitu SMK DESA CEMERLANG good bye ~ hee tapi saya akan kembali pada tarikh 26 feb kot untuk ambil result . Ohh Mak Gayah! (omg!) , mesti seram sejuk kan bila nak ambil result dala SPM weyy tak sama macam ambil result PMR and time ambil result PMR pun da gementar sampai cikgu cakap ''riduan , awak ok tak ni?'' tapi lepas saya ambil result dengan keputus 5A (kekwat kejap) baru lega then ni apa lagi SPM kan . Harap-harap saya dapat result yang excellent la kan amin . 


Lately , saya resah je la kenape ea? . Apa yang saya buat semua tak kena hurmm . Adakah saya ... MANDUL?! Ohh Mak GREYSON!!! (omg!!!) mustahil mustahil sebab saya dari baka yang subur haha . Em , entah laa saya pun tak tahu kenapa saya macam ni . Kalau ada orang untuk mengdengar resahan saya kan best hee :) .

Sunday, November 27, 2011

My Sweet Heart !

===============================>
Siapakah perempuan yang comel kat sebelah tu ? 
adakah SELENA GOMEZ ? MILEY CYRUS ? 
Ohhh Mak Gayah ! (omg!) , siapakah siapakah ?!
Okey fine! Nama dia IFFA AMREEZA . Cop! kenapa saya post pasal dia ni ? ada apa-apa ke ni?
Yaa , dia adalah my hunny bunny saya hehe . Mula-mula saya tak nak couple lagi lepas break hari tu kan , yela couple make me trouble haha tapi si dia ni berjaya tawan hati saya dengan jayanya . Yaaa ~ saya tak expect laa kan boleh kenal kat FB je kot bak kata NAJWA LATIF cinta muka buku laa katakan hee . Then dari situ laa saya kenal , mula-mula just komen-komen je kot then boleh berlarutan pulakkan . First saya contact dia , yela dia cakap da lama phone dia tak bunyikan so saya contact la kan mula-mula saya main-main je tapi lepas saya dengar je suara IFFA ni sweet gila . Dala suaranya sweet , manja , open minded , and complete package laa even baru dengar suara je saya da cair . Adakah ini cinta ? haha . So sejak hari saya contact tu mula laa berlarutan text bagaikan tanya tu tanya ni hee . Then , sy declare tok couple kan . Yaaa ~ memang tak menyesal kot couple dengan dia sebab complete package aw tak tipu laaaa . Thanks ALLAH sebab temukan saya dengan IFFA . Okey that all saya post pasal dia takut dia malu plak haha . Btw I LOVE U DAMN SO MUCH IFFA AMREEZA FOREVER EVER END EVER TILL TO HEAVEN . amin ~

Sunday, November 20, 2011

Khas untuk mu ! :)

Pertama ====>
kedua====>

ketiga====>
keempat===>
kelima====>


Okey ! yang tadi tu khas untuk pasangan yang bercinta then yang kat bawan plak video sesaje je btw saya suke tengok video ni sebab ade Ellisya yang cantik tu macam amreeza dan suara Dian yang melunak tu :)







Haha ! tu la dian dian dan ellisya . Ok yang bawah ni plak budak ni memang awesome ar main gitar . 




 

Thursday, November 17, 2011

Awak kena faham kenapa?!

Assalammualaikum ~

Awak kena paham kenapa saya cemburu bila tengok awak?
 sebab cemburu tandanya sayang kan~

Awak kena paham kenapa saya kadang-kadang kuat merajuk?
 sebab saya nak sepenuh perhatian daripada awak.

Awak kena paham kenapa saya selalu call dan sms awak?
 sebab saya rindukan awak everytime even sesaat.

Awak kena paham kenapa saya selalu mengadu dengan awak?
 sebab awak laa segalanya bagi saya dan saya nak awak saja yang tahu.

Awak kena paham kenapa saya selalu marahkan awak?
 sebab saya nakkan yang terbaik untuk awak.

Awak kena paham kenapa saya terima awak balik setalah awak mintak putus dan hina saya?
 sebab saya sedia bagi peluang untuk awak agar awak sedar akan kesalahan awak dan saya taknak kehilangan awak lagi.

Awak kena paham kenapa saya putuskan awak?
 sebab saya nak hidup awak bahagia dan dapat yang lebih baik daripada saya.

Tetapi saya nak awak tahu yang saya selalu doakan yang terbaik untuk awak even kita tak bersama lagi macam dulu .

Sekarang awak pahamkan kenapa? ♥ untuk kekasih lama ♥

"So let bygone be bygone and so on and so on"

Friday, November 11, 2011

Berdua Bersatu ! :)

Assalammualaikum ~. Tambah tolak darab bahagi congak tinggal 3 hari lagi kot nak hadapi SPM , ohh mak gayah (omg!) . Seram nie ~ tapi papepon saya akan buat yang terbaik untuk SPM nanti even seram ke , nervous ke , ape ke yang penting focus sebab spm tu laa yang menentukan masa depan saya (penuh semangat kejap) . Tadi (hari jumaat 11/11/11) adalah penghulu segala hari (haha) bukan tu saya nak cakap tapi tadi ada hari dimana (amboi) dapatnya slip untuk spn nanti . Perhh ! lepas dapat slip tadi nervous system ni memproses hormone adrenaline dengan cepat sekali (amboi~ tau laa amek bio kan tak payah nak kekwat sangat! btw, banyak2 horome yang saya hapal tu je haha) tapi lepas 5 minit gitu semangat saya membuak-buak untuk ambil spm nanti dengan berhasrat untuk dapat 10A . Tapi semalam iaitu pada hari khamis 10/11/11 saya mimpi dapat 5A je tapi kalau dapat 5A pun saya da bersyukur kot sebab bukan mudah (untuk ku terima hakikat dalam hidup ini setiasa tersekat) nak dapat 10A kan . Dala saya berhenti saja disin untuk topic spm ni .

Hah! semalam saya ada call kawan saya namanya Linda (bukan nama sebenar) then dia cakap suara saya manja lepas tu dia cakap suara saya macam Justin Bieber (hah! yang ni tambah2 je nak jadi poyoss kejap) . Ada dia cakap suara saya manja = =" atoi (merendah diri) . Tapi best laa bebual dengan dia sebab dia banyak cakap dan dia ni jenis tak boleh cakap macam gini kat dia CONTOHnya ; "yela, saya call demi awak" , "saya rindu awak laaa" haha . Mesti kalau dia baca blog ni mesti dia malu gak kan haha :)







Sunday, November 6, 2011

Jamuan untuk batch form 5 !

Assalammualaikum . Sudah lamakan saya tak update blog kan kan? hee . Hari jumaat lepas iaitu pada 4 november telah berlangsungnya majlis perpisahan dan jamuan untuk tingkatan 5 . Kalau ada jamuan mesti ada persembahan kan kan so ada 3 kelas je kot yang buat persembahan iaitu kelas 5 science , 5 SI 1  dan 5 SI 2 . By the way, saya ada rakam vedio tu tapi file tu besar sangat laa nak tunggu upload macam sipot bawak tong sampah kot heee . Maybe nanti saya upload kat FB je kot tu pon kalau saya rajin laa saya nak masukkan hee . Addition, masa jamuan tu ada laa cabutan bertuahkan so saya dapat laa then korang nak tau tak saya dapat apa? . ok ok , korang tengok dulu gambar kat bawah ===>







Hah ! ni laa yang saya dapat sabun daia 5kg perisa LEMAN ~. perhhh ! memang terbaik laa kan cikgu-cikgu SMK Desa Cemerlang hee . By the way , memang best laa dengan jamuan tu . awesome !